web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengawal Peribadi Miliki Pistol Palsu, Kerambit Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2022 5:42PM

Seorang pengawal peribadi ditahan selepas didapati memiliki pistol palsu dan kerambit ketika diperiksa di sebuah stesen minyak pagi tadi - Gambar ihsan PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pengawal peribadi ditahan selepas didapati memiliki pistol palsu dan kerambit ketika diperiksa di sebuah stesen minyak dekat Ukay Perdana, Hulu Kelang, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.56 pagi itu, suspek yang berusia 21 tahun ditahan ketika menunggang motosikal jenis Yamaha Ego dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pemeriksaan terhadap beg silang dibawanya menjumpai objek menyerupai pistol, kerambit dan walkie talkie.

“Suspek dipercayai menyimpan senjata berkenaan untuk kegunaan pekerjaannya sebagai pengawal peribadi. 

“Semakan mendapati, suspek mempunyai dua rekod lampau atas kesalahan dadah, namun ujian air kencing dilakukan terhadapnya adalah negatif,” katanya hari ini.

Mohamad Farouk berkata, suspek kini direman selama empat hari sehingga Ahad untuk membantu siasatan lanjut.

“Dua kertas siasatan dibuka terhadapnya iaitu mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan 1958 iaitu memiliki kerambit.

“Satu lagi adalah mengikut Seksyen 36 Akta senjata 1960 iaitu memiliki senjata palsu menyerupai pistol,” katanya. - Getaran, 1 September 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad