web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rosmah Tiba Di Mahkamah Diiringi Sekumpulan Individu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2022 9:46AM

Rosmah tiba di Mahkamah Tinggi bagi keputusan kes perbicaraan projek hibrid solar, hari ini. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiba dengan penuh bergaya dan diapit sekurang-kurangnya 20 individu termasuk pengawal peribadi, pembantu dan peguam, Datin Seri Rosmah Mansor berjalan dengan tenang menuju ke lobi mahkamah pada jam 8.55 pagi.

Beliau berpakaian baju kurung kuning dengan motif bunga merah jambu dan ungu serta berselendang kuning dan memakai pelitup muka.

Pengamal media bagaimanapun tidak berpuas hati apabila Rosmah dikawal ketat pengawal peribadi yang berjalan di hadapan rombongan itu.

Sekumpulan wartawan berkumpul di kompleks mahkamah di sini seawal jam 6 pagi untuk keputusan perbicaraan Rosmah yang dinanti-nanti ramai dalam kes rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion.

Pada kira-kira jam 6.40 pagi, petugas Ikatan Relawan Rakyat (RELA) mula memasang kon di hadapan pintu pagar utama mahkamah untuk menghalang kenderaan daripada memasuki perkarangan kompleks itu.

Anggota polis tiba di kompleks itu pada jam 8.15 pagi ketika semakin ramai orang awam berada di pintu utama cuba memasuki bangunan berkenaan.

Salah seorang peguam Rosmah, Datuk Akberdin Abdul Kader, tiba sebelum 8.50 pagi dan dilihat menunggu di lobi mahkamah.

Kakitangan media tanpa pas turut dilarang memasuki bangunan itu.

Seorang orang awam juga dilihat tidak dibenarkan masuk oleh anggota RELA, walaupun ada urusan yang perlu diselesaikan di mahkamah.

Enggan namanya didedahkan, lelaki itu memberitahu The Vibes bahawa dia tidak pasti surat apa yang dirujuk kakitangan RELA dan siapa yang sepatutnya menyerahkan dokumen tersebut.

Petugas media menunggu keputusan kes perbicaraan Rosmah di Mahkamah Tinggi, hari ini.
Petugas media menunggu keputusan kes perbicaraan Rosmah di Mahkamah Tinggi, hari ini.

Dijangka sekurang-kurangnya 100 petugas media dari seluruh dunia akan berada di mahkamah sementara lebih ramai lagi menunggu di luar menunggu keputusan perbicaraan tersebut.
Antara organisasi media antarabangsa yang hadir ialah Reuters, NHK, The Straits Times, dan AFP.

Mahkamah juga telah melaksanakan langkah kawalan lebih ketata kepada orang awam untuk memudahkan perbicaraan itu dan beberapa kes lain di kompleks tersebut.

Langkah kawalan itu jauh lebih ketat berbanding minggu lepas, apabila suami Rosmah yang juga mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat penampilan secara umum buat kali pertama selepas dipenjarakan pada 23 Ogos lalu.

Perbicaraan Rosmah di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan akan bermula pada 9 pagi hari ini.

Rosmah didakwa meminta suapan RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah RM6.5 juta daripada mantan Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin melalui bekas pegawai khasnya Datuk Rizal Mansor.

Ia sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion daripada Kementerian Pendidikan (KPM) secara rundingan terus. – The Vibes, 1 September 2022

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 51 minit yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar