web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kehadiran 100,000 Rakyat Bukti Keluarga Malaysia Miliki Semangat, Patriotisme Tinggi - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2022 8:44PM

Lebih 100,000 rakyat Malaysia turun ke Dataran Merdeka untuk sambutan Hari Kemerdekaan Ke-65 hari ini. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - ‘Kebanjiran’ rakyat sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-65 di Dataran Merdeka hari ini, membuktikan bahawa seluruh Keluarga Malaysia mempunyai semangat dan nilai patriotisme yang tinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sambutan hari istimewa negara itu pada tahun ini, amat meriah dengan kehadiran lebih 100,000 rakyat yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan bangsa bagi meraikannya.

 “Alhamdulillah, hari ini Dataran Merdeka kembali menjadi saksi kepada sambutan 65 tahun, negara mengecapi nikmat kemerdekaan.  

“Sungguh meriah sekali, lebih 100,000 Keluarga Malaysia terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan bangsa hadir meraikannya,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Ismail Sabri berkata, orang ramai yang datang sejak awal pagi pastinya ingin menyaksikan sendiri acara perbarisan dan perarakan oleh pelbagai kontinjen yang menjadi komponen Keluarga Malaysia.

 

Alhamdulillah, hari ini Dataran Merdeka kembali menjadi saksi kepada sambutan 65 tahun, negara mengecapi nikmat kemerdekaan. Sungguh meriah sekali, lebih 100,000 Keluarga Malaysia terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan bangsa hadir meraikannya. Saya pasti ramai yang datang seawal pagi untuk melihat acara perbarisan dan perarakan oleh pelbagai kontinjen kenegaraan, barisan hadapan, urus tadbir negara, ketenteraman awam, keselamatan negara, komponen Keluarga Malaysia serta pertunjukan terbang lintas pesawat udara. Kemeriahan yang ditunjukkan pada hari ini jelas membuktikan seluruh Keluarga Malaysia mempunyai semangat dan nilai patriotisme yang tinggi. Saya berharap keamanan dan keharmonian yang kita nikmati sehingga kini terus dikekalkan dengan membawa semangat Keluarga Malaysia.

Posted by Ismail Sabri Yaakob on Wednesday, August 31, 2022

“Saya pasti ramai yang datang seawal pagi untuk melihat acara perbarisan dan perarakan oleh pelbagai kontinjen kenegaraan, barisan hadapan, urus tadbir negara, ketenteraman awam, keselamatan negara, komponen Keluarga Malaysia serta pertunjukan terbang lintas pesawat udara.

“Kemeriahan ditunjukkan pada hari ini jelas membuktikan seluruh Keluarga Malaysia mempunyai semangat dan nilai patriotisme yang tinggi,” katanya.

Justeru, Ismail Sabri berharap keamanan dan keharmonian dinikmati rakyat sehingga kini terus dikekalkan dengan membawa semangat Keluarga Malaysia.

Getaran yang turut membuat liputan di Dataran Merdeka hari ini, mendapati orang ramai sangat teruja untuk bersama-sama menyambut sambutan hari kebangsaan itu, sehingga sebahagian besar hadir seawal jam 5 pagi.

Walaupun acara perbarisan dan pertunjukan hanya bermula pada jam 8 pagi, ‘grandstand’ di hadapan Bangunan Sultan Abdul Aziz dibanjiri orang ramai bagi memastikan mereka dapat menyaksikan persembahan dengan lebih jelas.

Malah, kehadiran 100,000 orang itu diluar jangkaan apabila kerajaan mensasarkan ia dihadiri separuh daripada jumlah berkenaan atau 50,000 orang.

Penglibatan hampir 20,000 peserta dalam pelbagai persembahan di acara utama sambutan itu juga, menjadikan sambutan terbabit lebih gilang-gemilang.

Sambutan itu diadakan selepas dua tahun negara tidak meraikannya ekoran pandemik COVID-19 - Getaran, 31 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Laungan Keramat 'Merdeka' Kembali Bergema Di Banda Hilir Selepas 68 Tahun

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Dana RM700 Juta: 'Ya, Kami Ambil Keterangan Ismail Sabri' - SPRM

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Iklan Terbaik Sempena Hari Kebangsaan 2023, Sarat Mesej Bermakna Untuk Penonton

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Cari Pengisian, Makna Sebenar Merdeka Atas Diri Sendiri Cabaran Utama - Mujahid

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad