web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Diplomat Asing Ucap Selamat Hari Kebangsaan Kepada Malaysia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2022 3:16PM

Katsuhiko Takahashi mengucapkan tahniah kepada kerajaan dan rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022 . - Tangkapan layar dari Facebook Embassy of Japan in Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Diplomat asing di Malaysia menyampaikan ucapan tahniah kepada kerajaan dan rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022 hari ini.

Duta Jepun ke Malaysia, Katsuhiko Takahashi, dalam satu video pendek yang disiarkan di halaman rasmi kedutaan, mengucapkan "Selamat Hari Kebangsaan 2022 kepada semua rakan di Malaysia."

Sempena sambutan Merdeka pertamanya di sini, diplomat itu memilih taman di ruang atas bangunan LalaPort di Bukit Bintang sebagai lokasi untuk menyampaikan ucapan Kemerdekaan.

“Ini kali pertama saya merasai sambutan Merdeka yang meriah. Saya berdiri bersebelahan bangunan ikonik Menara Merdeka 118 di sini, yang akan menjadi bangunan tertinggi di Asia Tenggara dan kedua tertinggi di dunia apabila siap kelak.

“Mari kita sama-sama kibarkan bendera Jalur Gemilang bagi menghayati semangat Hari Kebangsaan. Semoga Malaysia maju dengan lebih banyak kejayaan,” katanya. 

 
【Selamat Hari Kebangsaan Malaysia 2022!???】

【Selamat Hari Kebangsaan Malaysia 2022!???】 In conjunction with the 65th Malaysian Independence Day??, Ambassador Takahashi would like to wish Selamat Hari Kebangsaan 2022 to all Malaysian friends??. To mark his first Merdeka celebration, Ambassador chose this location to capture the iconic Merdeka 118 Tower? in the spirit of Merdeka. This special video was taken at Lalaport Bukit Bintang City Centre where you can enjoy the best view? of Merdeka 118 Tower from the rooftop garden. You can also come and explore the beautiful ovoid exhibition? by teamLab at the location until November 4th 2022.? #teamLab #ResonatingMicrocosms #CentralRooftopGarden #LaLaportBBCC #Merdeka118 #HariKebangsaan

Posted by Embassy of Japan in Malaysia (在マレーシア日本国大使館) on Tuesday, August 23, 2022

Duta Korea Selatan ke Malaysia Lee Chi Beom turut mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia.

“Kedua-dua negara kita telah menikmati hubungan mesra yang telah terjalin sejak 60 tahun lalu dan akan terus bekerjasama untuk mengukuhkan hubungan mesra ini.

“Kami mendoakan keamanan, kemakmuran dan kemajuan buat semua rakan di Malaysia. Selamat Hari Merdeka!,” katanya.

Sambutan Hari Kebangsaan 2022 bertemakan 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama', diadakan di Dataran Merdeka – perhimpunan besar pertama dalam tempoh dua tahun selepas negara dilanda pandemik COVID-19. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Politik 59 minit yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad