Berita Terkini

2 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Merdeka: Sekadar Impian Untuk Anak Tanpa Kerakyatan?

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2022 12:41PM

Ben, yang berusia 11 tahun ini berasal dari Klang. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketika rakyat Malaysia meraikan kemerdekaan negara hari ini dengan perasaan bangga dan penuh harapan, kita patut memikirkan sejenak keadaan kanak-kanak tanpa kerakyatan, iaitu mereka yang dilahirkan di negara ini namun disebabkan situasi tertentu, mereka tidak dianggap sebagai warganegara.

Ini termasuk kanak-kanak yang dilahirkan di luar nikah atau kelahiran tidak didaftarkan ibu bapa mereka. Mereka mungkin diambil sebagai anak angkat, tetapi undang-undang Malaysia tidak memberikan mereka hak sama seperti anak kandung kepada ibu bapa angkat mereka.

Seorang kanak-kanak dikenali sebagai Ben,11, yang berasal dari Klang, Selangor adalah anak tanpa kerakyataan walaupun ibu bapanya mendaftarkan perkahwinan mereka selepas dia dilahirkan.

Dilahirkan bapa warganegara Malaysia berbangsa Cina dan ibu dari Filipina, Ben mungkin belum memahami sepenuhnya kesan status tanpa kerakyatan, tetapi dia tahu bahawa ia adalah kesusahan serta mengganggu kehidupannya.

“Saya sudah tidak mahu bercakap mengenainya,” kata Ben kepada The Vibes. 

Nama kanak-kanak itu dan ibu bapanya juga sudah ditukar atas permintaan sendiri bagi mengelakkan mereka mengalami kesan buruk daripada situasi terbabit.

Ben (dua dari kanan) tidak mempunyai dokumen pengenalan warganegara sekali gus menyukarkan kehidupannya. - Gambar oleh Sadiq Asyraf
Ben (dua dari kanan) tidak mempunyai dokumen pengenalan warganegara sekali gus menyukarkan kehidupannya. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

The Vibes dimaklumkan, Ben menyimpan harapan untuk menjadi penyanyi apabila dewasa dan mengimpikan melancong ke luar negara untuk melihat ‘band’ kegemarannya, Imagine Dragons membuat persembahan secara langsung.

Bagaimanapun, sebagai anak tanpa kerakyatan, dia tidak memiliki dokumen pengenalan kewarganegaraan, apatah lagi memohon pasport.

“Dia dilahirkan luar nikah, jadi itulah sebabnya kami berada di sini sekarang, dalam situasi ini.

“Tetapi selepas saya dan suami berkahwin, kami terus memohon kewarganegaraannya. Kami berkahwin pada 2013 dan kami memohon pada 2015.

“Sudah tujuh tahun dan kami masih menunggu, tidak banyak perkembangan,” kata ibu Ben dikenali Rachel.

Rachel - Gambar oleh Sadiq Asyraf
Rachel - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Manakala, bapa Ben, Sam, turut meluahkan kekecewaan dan memberitahu, permohonan mereka dibalas dengan surat penolakan yang tidak jelas, dengan hanya memaklumkan bahawa mereka boleh memohon semula.

Sam berkata, anaknya juga tidak diterima memasuki sekolah rendah kerajaan apabila mencapai usia tujuh tahun. 

Keluarga mereka, katanya, tidak mampu menghantar Ben ke sekolah antarabangsa yang mahal dan tidak mempunyai pilihan, selain mendaftarkannya di sekolah untuk kanak-kanak pelarian.

“Malah, guru juga ragu-ragu mengenainya. Mereka berkata ‘awak rakyat Malaysia. Kenapa awak tidak boleh memohon ke sekolah kerajaan untuk anak awak?’

“Mereka berkata ‘dia masih rakyat Malaysia, kerajaan harus membenarkannya’.

“Anak saya, pergi ke sekolah untuk pelarian...tidak betul, tidak betul sama sekali,” kata Sam sambil menahan air mata.

Ia tidak jelas berapa angka terkini jumlah sebenar kanak-kanak tanpa kerakyatan.

Pada tahun 2016, Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menganggarkan terdapat sekurang-kurangnya 290,000 daripada golongan tersebut di Malaysia.

Selain itu, bercakap kepada The Vibes, seorang kanak-kanak yang mengalami nasib sama, Clara, 12, meluahkan bagaimana ketiadaan kewarganegaraan memberi kesan kepada kehidupannya.

Clara - Gambar oleh Alif Omar
Clara - Gambar oleh Alif Omar

Pertama, dia berkata, keluarganya perlu mengeluarkan kos lebih tinggi untuk pendidikan.

“Saya tidak mendapat buku percuma seperti rakan-rakan lain. Saya perlu membayar untuk kebanyakan buku dan untuk banyak perkara yang rakan saya tidak perlu bayar. Jadi amat sukar untuk saya menjadi individu tanpa negara,” katanya yang bercita-cita menjadi doktor.

Ibunya yang merupakan warganegara Malaysia, Shamini, hanya mempunyai satu hasrat, iaitu agar perjuangan lapan tahun untuk mendapatkan status kewarganegaraan rasmi untuk Clara membuahkan hasil.

“Saya hanya berharap dia mendapat kerakyatan dan apa sahaja dia inginkan, saya harap impiannya menjadi kenyataan. Itu sahaja yang saya minta sekarang. Jika kerajaan boleh membuka mata dan melihat kesusahan kanak-kanak itu,” katanya. 

Aaliyah Abdullah (kanan) - Gambar oleh Sadiq Asyraf
Aaliyah Abdullah (kanan) - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Manakala, ibu angkat kepada dua orang anak tanpa kerakyatan, Aaliyah Abdullah, sudah berulang alik memohon kewarganegaraan untuk anak-anak perempuannya itu yang tiada status terbabit selama lebih lima tahun.

Dia sentiasa percaya bahawa doanya akan termakbul suatu hari nanti.

“Saya percaya kepada Yang Maha Kuasa bahawa negara saya tidak akan mengecewakan saya. Saya percaya dengan sistem Parlimen kita dan juga menteri-menteri…bahawa mereka memilik empati.

“Saya yakin hati mereka akan digerakkan Yang Maha Esa bagi memilih perkara yang terbaik untuk anak-anak ini.

“Saya tidak bimbang kerana tiada apa yang didoakan tidak akan termakbul,” tambahnya. 

Dalam keadaan tidak menentu selama bertahun-tahun dan berlandaskan kepercayaan semata-mata, kanak-kanak tanpa kerakyatan tetap menunggu hari di mana negara tempat kelahiran mereka ini akan memberikan mereka status warganegara. Barulah Merdeka benar-benar bermakna bagi mereka. – The Vibes, 31 Ogos 2022

Sorotan

1

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

2

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

3

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

4

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

5

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

6

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Sultan Selangor Beri Perkenan Pembatalan Sambutan Ulang Tahun TLDM Jumaat Ini

oleh Fida Ruzki

Politik 1 hari yang lalu

Kerajaan Terengganu Sentiasa Jalin Hubungan Baik Dengan Kerajaan Persekutuan - MB

Semasa 1 hari yang lalu

Krim Zmy Ada Merkuri, Sila Hentikan Penggunaan Serta Merta - NPRA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Ke Riyadh Untuk Sahkan Surat Derma RM2.6 Bilion - Saksi