web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rakan Baik Siti Bainun Rakam Video Bella Untuk Beri Kepada Syed Azmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2022 9:39PM

Siti Bainun Ahd Razali - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rakan kepada pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, memberitahu Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, bahawa beliau merakam video remaja perempuan Sindrom Down dikenali sebagai Bella di kondominium di Wangsa Maju di sini.

Pembantu pengurus syarikat swasta, Zurianty Sudin, 39, berkata rakaman itu diberikan kepada aktivis kanak-kanak dan penasihat Rumah Bonda, Syed Azmi Alhabshi, sebagai bukti bahawa terdapat penderaan terhadap Bella.

Saksi pendakwaan pertama itu berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh peguam Nurul Hafidzah Hassan, yang mewakili Siti Bainun, pada perbicaraan kesnya yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun tersebut.

Beliau menafikan merancang untuk membuat rakaman video tetapi singgah secara tiba-tiba dan mula membuat rakaman.

Bagaimanapun, Zurianty menafikan beliau merakam video itu dalam keadaan emosi sedih untuk meyakinkan Syed Azmi, namun bersetuju dengan cadangan peguam bahawa Syed Azmi adalah individu pertama menerima video berkenaan.

Selain Syed Azmi, katanya, rakaman video itu dihantar kepada beberapa individu lain kerana ketika itu beliau trauma selepas menemui Bella di unit kondominum berkenaan.

“Saya kemudian menghubungi kawan-kawan lain untuk mendapatkan sokongan emosi selain memberitahu apa yang patut dilakukan kerana ketika itu saya dalam keadaan ‘blank’ (kosong) tapi saya perlu bertindak untuk membantu siasatan”, katanya.

Siti Bainun, 30, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi antara Februari dan Jun 2021 di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini. 

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung 14 September ini. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 minit yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar