web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemansuhan Pemakaian Pelitup Muka Diputuskan KKM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2022 9:42PM

Keputusan berhubung pemansuhan pemakaian pelitup muka di tempat tertutup akan diteliti dan diputuskan Kementerian Kesihatan (KKM) - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Keputusan berhubung pemansuhan pemakaian pelitup muka di tempat tertutup akan diteliti dan diputuskan Kementerian Kesihatan (KKM), kata Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN),  Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata MPN telah meminta Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, tentang keperluan pemakaian pelitup muka sekiranya situasi COVID-19 beransur pulih.

“Dia (Dr Noor Azmi) mengatakan pihaknya akan melihat perkara terbabit dengan lebih terperinci. Tindakan ini bukan kerana Singapura buat, maka Malaysia kena buat,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MPN, di sini, hari ini.

Menurut laporan media, Singapura memansuhkan syarat pemakaian pelitup muka mulai hari ini kecuali dalam pengangkutan awam dan kemudahan kesihatan memandangkan situasi penularan pandemik COVID-19 di republik itu semakin stabil.

Muhyiddin berkata beliau berpandangan bahawa pemakaian pelitup muka adalah langkah terbaik untuk memastikan diri seseorang itu tidak dijangkiti COVID-19 malah menjadi kebiasaan rakyat negara ini setelah dua tahun berhadapan dengan situasi pandemik.

“Saya fikir sekarang ini pemakaian pelitup muka sudah menjadi kebiasaan baharu rakyat Malaysia, bukan paksaan. Kalau sudah sampai masanya tidak perlu pakai (pelitup muka), rakyat boleh pakai kalau mahu rasa lebih selamat,” katanya.

Mengenai pelaksanaan Pelan Pemulihan Pelancongan 2022, yang dilancarkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) pada, Mei lepas, Muhyiddin berpandangan tempoh pemulihan selama empat tahun yang dicadangkan MOTAC itu adalah terlalu panjang.

Bekas perdana menteri itu mengesyorkan MOTAC untuk mempertingkatkan tindakan yang agresif kerana kegagalan memulihkan industri pelancongan dengan agresif akan memberi kesan kepada pemulihan ekonomi negara.

“MOTAC kena lihat pada pendekatan agresif agar proses pemulihan dan kesannya dapat dirasakan dalam masa singkat dari empat tahun kepada tiga tahun,” katanya bahawa proses pemulihan yang terlalu lama akan menjejaskan lagi sektor kecil industri pelancongan yang terkesan ketika pandemik COVID-19. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 10 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 10 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam