web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Orang Ramai Teruja, Sambutan Hari Kebangsaan Kembali Ke Dataran Merdeka

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2022 10:10AM

Sesi raptai yang berlangsung sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menyaksikan pertunjukan terbang lintas pesawat udara yang menggegarkan ruang udara Dataran Merdeka di sini pada sambutan Hari Kebangsaan pada 1998, kekal menjadi detik paling mengujakan dan kenangan zaman kanak-kanak terindah buat Izham Syazwan Ibrahim.

Walaupun lebih 24 tahun berlalu, memori yang menyuntik dan menyemarakkan semangat patriotisme dalam dirinya yang pada ketika itu berusia tujuh tahun, tidak pernah terpadam dan tetap tersemat dalam sanubarinya. 

"Pada waktu itu saya sangat kagum dengan kekuatan dan keupayaan pasukan tentera dan keselamatan negara kita, apabila jet itu lalu, darah rasa berderau dan secara automatik timbul rasa sebak," kata eksekutif kapal berusia 31 tahun itu kepada Bernama. 

Justeru, bapa kepada dua anak itu sangat teruja apabila sambutan Hari Kebangsaan 2022 bakal kembali diraikan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos ini setelah empat tahun tidak menyaksikannya kerana berhasrat memberi kenangan serupa sekali gus menyuntik rasa cinta akan negara kepada anaknya Muhammad Izham Syazwan, 5, dan Kauthar Izham Syazwan, 3.  

Anak jati Kuala Lumpur itu berpandangan, sambutan di mercu tanda tersebut mempunyai nilai nostalgia dan sentimental tersendiri dan menjadi agenda wajib untuk diteruskan dari generasi ke generasi. 

Kontinjen Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan perbarisan pada sesi raptai sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka hari ini. - Gambar Bernama
Kontinjen Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan perbarisan pada sesi raptai sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka hari ini. - Gambar Bernama

Turut berkongsi nostalgia, pakar pemasaran digital V. Kavinraj, 31, yang teruja untuk kembali menyaksikan acara perbarisan terutama pancaragam. 

"Ibu bapa saya adalah orang yang bertanggungjawab dalam menggalakkan anak-anak sejak kecil lagi untuk turut serta meraikan Hari Kebangsaan dan lama kelamaan ia jadi aktiviti bersama kawan-kawan setiap tahun,” katanya. 

Kavinraj berkata beliau dan rakan-rakannya juga akan memastikan Jalur Gemilang dikibarkan di kenderaan dan kediaman bagi menyemarakkan Bulan Kebangsaan bagi menzahirkan patriotisme. 

"Sebagai rakyat Malaysia saya sangat berbangga dengan keunikan negara kita yang masyarakatnya berbilang bangsa, budaya dan agama boleh hidup secara muhibah, rakan-rakan saya dari luar negara turut mengagumi aspek ini,” katanya. 

Sementara itu, Pengerusi Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Dr Mohd Samsudin berpandangan setelah dua tahun sambutan secara besar-besaran tidak dapat diadakan susulan COVID-19, sambutan kali ini  mampu memperingatkan masyarakat tentang peristiwa sejarah dalam mencapai kemerdekaan. 

Mohd berkata walaupun dunia belum bebas sepenuhnya daripada wabak berkenaan, cabaran dialami masyarakat terutama sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dilihat dapat memberi penghayatan lebih baik tentang erti kemerdekaan kepada masyarakat.  

"Semasa era penjajahan juga kita tidak bebas, banyak kesusahan dialami rakyat dan bila kita imbas, ada perkara berkaitan COVID-19 ini mengingatkan kita pada sejarah lalu, antaranya bagaimana masyarakat bersatu dan membantu mereka yang terkesan,“ katanya dan menambah bahawa perjalanan menghadapi  pandemik juga antara catatan sejarah negara.

Sambutan Hari Kebangsaan 2022 pada 31 Ogos ini bakal disambut secara besar-besaran di Dataran Merdeka selepas dua tahun diraikan sederhana bagi mengurangkan perhimpunan ramai susulan COVID-19 dan kali terakhir ia diraikan di mercu tanda itu adalah pada 2017. 

Dataran Merdeka menjadi lokasi bersejarah yang menyaksikan peristiwa penting penurunan bendera Union Jack dan pengibaran Jalur Gemilang buat pertama kali pada tengah malam 31 Ogos 1957 dan sejak itu menjadi tempat perarakan sambutan Hari Kebangsaan. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 3 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad