Berita Terkini

8 jam yang lalu: Seludup dadah, 9 PATI Thailand ditahan di Korea Selatan 8 jam yang lalu: Afghanistan terima bantuan tunai US$40 juta 8 jam yang lalu: Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 8 jam yang lalu: Pemimpin parti politik komited capai sasaran 30 peratus wanita calon PRU-15 11 jam yang lalu: DUN Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang hanya akan bubar tahun hadapan - Majlis Presiden Pakatan Harapan

IKUTI KAMI


Hargai Jasa Anggota KEMAS, PM Umum Berita Baik

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 Aug 2022 1:35PM

Ismail Sabri Yaakob - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERDANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan beberapa berita baik sebagai menghargai jasa, sumbangan dan tenaga Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dalam melaksanakan segala usaha, untuk meningkatkan kualiti kesejahteraan masyarakat luar bandar. 

Antaranya jelas beliau, adalah kenaikan elaun Pembantu Pembangunan Masyarakat Sukarela (PPMS) kepada RM800 berbanding RM500 sebelum ini, melibatkan 9,439 individu.

Selain itu, beliau turut mengumumkan kenaikan bantuan kos sara hidup kepada RM500 berbanding RM300 sebelumnya melibatkan 4,423 individu, demi mengenang jasa anggota Persatuan Bekas Anggota KEMAS Malaysia (PBAKM).

“Dalam usaha mendigitalisasi KEMAS, saya bersetuju memberi peruntukan untuk mula mendigitalisasi TABIKA KEMAS iaitu melibatkan 800 TABIKA seluruh negara.

“Kita akan memberi peruntukan sebanyak RM8 juta selepas itu yang akan digunakan bagi tujuan berkenaan,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Perdana Sempena Sambutan 60 Tahun Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini hari ini.

Acara tersebut menghimpunkan kira-kira 7,000 anggota jabatan berkenaan. 

Turut hadir, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid. 

Menurut Perdana Menteri, beliau percaya banyak lagi perubahan perlu dibuat dan menegaskan, isu TABIKA KEMAS yang dilihat kurang penyelenggaraan sering dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet. 

“Saya dah bagitahu menteri, perlu ada perancangan masa depan untuk naik taraf bangunan TABIKA KEMAS seluruh negara. 

“Kerajaan akan terus membantu KEMAS dalam apa juga diperlukan untuk pembangunan anak kita,” katanya. 

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut mengambil perhatian terhadap beberapa cadangan melibatkan warga KEMAS, termasuk memendekkan tempoh kelayakan pegawai kontrak perkhidmatan ke lantikan jawatan tetap dari 15 ke 10 tahun. 

Menurutnya, perkara tersebut melibatkan kira-kira 4,322 pegawai dan kakitangan KEMAS berjawatan kontrak perkhidmatan, yang telah berkhidmat lebih 10 tahun tetapi masih belum mencecah 15 tahun. 

Dasar tersebut jelas Perdana Menteri, dipanjangkan juga kepada lantikan kontrak perkhidmatan pada atau sebelum 11 Oktober 2020 yang sebelum ini hanya diluluskan kepada pegawai lantikan kontrak sebelum atau pada 23 Oktober 2015.

“Ketiga adalah memberi dua gred kenaikan pangkat bagi skim perkhidmatan iaitu Penolong Pegawai Pembangunan MasyarakatTABIKA dan TASKA dan Pembangunan Kemahiran & Komuniti Gred S29 kepada gred S32 dan gred S38, begitu juga dengan Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 kepada dua Gred S22 dan S26,” katanya. 

Ismail Sabri berkata, KEMAS secara amnya merupakan benteng barisan hadapan kerajaan, dengan ahlinya bertindak sebagai ejen perubahan yang menjadi perantara antara rakyat dan kerajaan.

Paling penting jelasnya, kewujudan KEMAS bertujuan memastikan kestabilan kerajaan dan kemakmuran negara, oleh itu sewajarnya warga KEMAS juga memainkan peranan sebagai mata dan telinga kerajaan.

“KEMAS juga perlu aktif untuk mendapatkan maklum balas tentang pelbagai isu yang dilontarkan oleh masyarakat di peringkat akar umbi, dan memanjangkannya kepada pengurusan tertinggi serta kementerian selain menyebar luas maklumat berkaitan dasar kerajaan kepada masyarakat luar bandar.

“Oleh itu, sebagai ejen perubahan, anggota KEMAS hendaklah melengkapkan diri dalam segala ilmu dan kemahiran terutama dalam bidang yang berkaitan dengan peranan dan tanggungjawab KEMAS,” katanya. - Getaran, 28 Ogos 2022

Sorotan

1

Apa Keperluan Adakan PRU-15 Ketika Banjir?, Kepercayaan Terhadap PM Masih Solid

2

Berani Mengaku Bersalah, Zul Ariffin Dipuji Netizen

3

Kerajaan Tak Bercadang Tawar Ganjaran Kesan Jho Low, Red Notice Sudah Memadai

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya 20 Hari Selepas Diumum, PerantiSiswa Keluarga Malaysia Diterima Ribuan Mahasiswa

oleh Farhana Farush

Semasa 15 jam yang lalu

Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Terjatuh Dari Kerusi Bayi

Semasa 1 hari yang lalu

Yasin Kemuka Representasi Kaji Pertuduhan Kes Dadah

Semasa 1 hari yang lalu

2,119 Tapak Rangkaian 5G Siap Dibangun DNB Setakat Ogos Lalu

oleh Farhana Farush