web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kabinet Setuju 2 Akta Berkenaan Komunikasi Dipinda

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2022 5:41PM

Tan Sri Annuar Musa berkata cadangan pindaan itu dibentangkan beliau kepada Kabinet semalam dan telah dipersetujui - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kabinet semalam bersetuju agar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (Akta 589) sedia ada dipinda bagi memberikan peruntukan undang-undang yang lebih kukuh dalam mendepani ancaman keselamatan siber.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata cadangan pindaan itu dibentangkan beliau kepada Kabinet semalam dan telah dipersetujui.

“Diharap pada persidangan Parlimen akan datang, kami boleh bentangkan pindaan kedua-dua akta. Antara lain pindaan itu adalah untuk memperkukuh dan mempunyai peruntukan yang mencukupi bagi melaksanakan aspek keselamatan siber,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan Pusat Siber Lakuran Axiata bersempena Celcom Business Tech Week Showcase 2022 di ibu pejabat Celcom, di sini hari ini.

Annuar berkata pindaan itu amat diperlukan kerana ekosistem perkhidmatan telekomunikasi negara kini berdepan dengan ancaman penipuan dalam talian dan penggodaman oleh individu tidak bertanggungjawab.

Katanya disebabkan ancaman itu, minggu lepas beliau juga telah menjemput Lembaga Pengarah daripada empat entiti di bawah kementeriannya untuk berbincang secara holisitik mengenai isu keselamatan siber.

Keempat-empat entiti itu ialah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Cyber Security Malaysia (Cyber Security) dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP).

“Perbincangan ini adalah untuk memberi gambaran, persepektif dan harapan saya sebagai menteri yang dipertanggungjawabkan kerana saya rasakan masih belum cukup, masih ada lagi ikhtiar yang boleh dilakukan, dan orang ramai perlukan suatu bentuk jaminan yang boleh melindungi mereka.

“Jadi melalui perbincangan ini saya nak tengok pelbagai sudut pendekatan yang boleh diambil terhadap kes-kes mangsa scammer (penipu) dan bermacam-macam lagi,” katanya.

Sementara itu, beliau yang juga Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi berkata perlu ada sebuah agensi yang boleh membantu kerajaan mengawal data-data berkenaan bekalan makanan seperti ayam agar ia tidak berterusan mengalami gangguan pada masa depan. 

Katanya untuk mendapatkan data itu, agensi berkenaan mungkin boleh memanfaatkan kewujudan teknologi seperti 5G dan Internet Benda (IoT) bagi melaksanakan aplikasi tertentu. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar