Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


RM300 Juta Untuk ePemula, Beri Manfaat Lebih 2 Juta Belia

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2022 1:23PM

Ismail Sabri Yaakob (tengah) melihat produk pertanian yang dijual kepada orang ramai sempena Majlis Pelancaran Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan Peringkat Kabangsaan dan Penjenamaan Semula Jualan Murah Keluarga Malaysia di Dataran Kerayong hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BERA - Kerajaan memperuntukkan RM300 juta untuk program ePemula dalam Bajet 2022, yang dijangka dapat memberi manfaat kepada kira-kira 2 juta belia seluruh negara. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan juga akan memastikan agenda pendigitalan dalam kaedah pembayaran terus diberi keutamaan. 

"Melalui program inisiatif pendigitalan sektor peruncitan (ReDI) dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), penggunaan e-Dompet akan diperkasakan kepada pengguna dan peniaga, termasuk di luar bandar. 

"Inisiatif ini bertujuan mengurangkan jurang (perkembangan) ekonomi digital antara bandar dan luar bandar, khususnya dalam sektor peruncitan yang melibatkan ramai peniaga kecil dan penjaja.

"Bagi tujuan meningkatkan kesedaran pengguna dan golongan itu (untuk) beralih kepada penggunaan e-Dompet, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2 juta untuk inisiatif e-voucher melalui Program Jualan Malaysia bermula pada 30 Ogos ini hingga 31 Disember nanti," katanya.

Ismail Sabri berkata demikian ketika berucap merasmikan pelancaran ReDI peringkat kebangsaan dan program jualan murah Keluarga Malaysia di Dataran Kerayong, dekat sini, pagi tadi.

Turut hadir, Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Katanya lagi, semua kemudahan e-voucher bagi program jualan Keluarga Malaysia itu boleh dimuat turun menggunakan aplikasi 'MySales Tracker' dikendalikan KPDNHEP, bertujuan menggalakkan perbelanjaan tanpa tunai dan meringankan beban kewangan rakyat. 

"Bersempena pelancaran ReDi hari ini, insentif e-Dompet bernilai RM20 disediakan kepada 1,000 orang, selain e-Dompet RM100 bagi 1,500 kumpulan sasar terpilih dari setiap dewan undangan negeri (DUN) di bawah Parlimen Bera," katanya.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri turut mengumumkan program jualan Keluarga Malaysia yang dijenamakan semula sebagai Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) dan diperluaskan ke 600 kawasan DUN seluruh negara serta 13 kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan.

Program yang bermula pada minggu ketiga bulan Ogos 2022 sehingga bulan Disember 2022 menawarkan pengurangan harga barangan keperluan harian sehingga 20 peratus berbanding harga pasaran semasa.

Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera turut mengumumkan pembukaan pejabat KPDNHEP Cawangan Bera yang bakal memulakan operasinya Januari tahun depan. - Getaran, 27 Ogos 2022

Sorotan

1

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

2

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

3

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

4

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

5

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

6

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Papagomo Kemuka Representasi Gugur Tuduhan Kes Hasutan Kaitkan Kerajaan Pro Israel, Barat

Semasa 12 jam yang lalu

Anwar, Sanusi Dijadual Adakan Pertemuan Rasmi Di Kedah 4 Mei Depan

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 20 jam yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines, AirAsia Batal Penerbangan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tetap Kurangkan Subsidi Minyak Tahun Ini – Rafizi

oleh Wartawan The Vibes