web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Sokong Perjuangan Rohingya Kembali Ke Myanmar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2022 9:35AM

Saifuddin berkata terdapat kira-kira 150,000 pelarian Rohingya di Malaysia. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Malaysia menyokong perjuangan masyarakat Rohingya untuk kembali ke Myanmar sebagai warganegara negaranya, kata Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata masyarakat antarabangsa juga tidak boleh melupakan nasib masyarakat Rohingya, yang kini lebih sejuta daripada mereka menjadi pelarian di Bangladesh, manakala 150,000 di Malaysia dan sebahagian lagi di beberapa lagi negara.

"Mereka dinafikan kewarganegaraan dan kita mendokong usaha dan perjuangan mereka untuk menjadi rakyat seperti orang lain di Myanmar, selain turut memberi sokongan kepada beberapa ikhtiar membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan.

"Usaha-usaha ini harus didokong bersama oleh masyarakat antarabangsa terutamanya ASEAN kerana ini isu yang besar dalam konflik Myanmar," katanya pada sidang media sempena Program Familiarisation Visit for Diplomatic Corps di sini, malam tadi.

Malaysia, kata Saifuddin juga menyokong usaha masyarakat Rohingya yang ingin bersama-sama dengan Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) dan Majlis Perundingan Perpaduan Nasional (NUCC) Myanmar bagi mengembalikan 'kehidupan biasa' dan menegakkan demokrasi di negara itu.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota turut memaklumkan beliau turut menyertai beberapa acara anjuran masyarakat Rohingya secara persidangan video pada Khamis, yang merupakan ulang tahun kelima kejadian pembunuhan 'genocide' terhadap komuniti Rohingya di Rakhine yang berlaku pada tahun 2017.

Selain inisiatif Gambia membawa isu kekejaman terhadap masyarakat Rohingya ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), Saifuddin berkata proses undang-undang juga sedang bermula di Argentina oleh aktivis-aktivis Rohingya.

Komuniti Rohingya keluar beramai-ramai bermula pada 25 Ogos 2017 selepas tentera Myanmar melancarkan operasi terhadap minoriti Islam itu, antara lain melibatkan membunuh, merogol dan menyeksa lelaki, wanita serta kanak-kanak masyarakat itu. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 4 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad