Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


NGO Rayu Najib Diberi Pengampunan Diraja

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2022 6:54PM

Penyokong Najib Razak berkumpul di depan Istana Negara hari ini. - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dirayu memberi Pengampunan Diraja serta merta kepada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menjalani hukuman penjara bermula semalam.

Rayuan itu dikemukakan Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia (PJPNM) menerusi satu memorandum.

Presiden PJPNM, Syed Mohammad Imran Syed Abdul Aziz berkata, menerusi memorandum diserahkan kepada pihak Istana Negara itu, pihaknya turut merayu supaya Al-Sultan Abdullah menitahkan Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) SPRM untuk mengadap baginda.

Syed Mohammad Imran Syed Abdul Aziz - Gambar oleh Azim Abd Rahman
Syed Mohammad Imran Syed Abdul Aziz - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Menurutnya, ia adalah membabitkan isu ‘conflict of interest’ (kepentingan konflik) membabitkan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Nazlan Ghazali yang sebelum ini adalah Hakim Mahkamah Tinggi yang mengendalikan kes penyelewengan SRC International Sdn Bhd membabitkan Najib.

“Kami (PJPNM) juga menggesa Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) untuk campur tangan dalam isu ini dan jika tidak, Presiden UMNO (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) perlu menarik balik sokongan terhadap kerajaan sekarang, bagi membolehkan Parlimen dibubarkan segera,” katanya kepada wakil media di luar istana.

Beliau berkata, Perdana Menteri sewajarnya menjadi pemimpin UMNO yang menyerahkan permohonan Pengampunan Diraja untuk Najib dalam kadar segera.

“Pengampunan Diraja harus datang menerusi permohonan Perdana Menteri kerana beliau orang BN, maka itu yang perlu dilakukan. Kita kena tolong orang BN (Najib).

“Kita bukan suruh Perdana Menteri campuri urusan kehakiman tetapi beliau (Ismail Sabri) adalah seorang pemimpin UMNO, darahnya adalah darah UMNO,” katanya.

Terdahulu, Syed Imran bersama kira-kira 300 ahli PJPNM dan penyokong Najib berkumpul di Pintu 3 Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada pihak Istana yang diterima Pegawai Perhubungan Awam Istana Negara, Mohd Husni Yusop pada jam 2.30 petang tadi.

Kawalan ketat menuju pintu masuk Istana Negara. - Gambar oleh Azim Abd Rahman
Kawalan ketat menuju pintu masuk Istana Negara. - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Mengulas mengenai konflik kepentingan membabitkan Nazlan, Syed Imran mendedahkan bahawa beliau adalah pengadu berhubung isu tersebut kepada SPRM sebelum ia disiarkan menerusi portal Malaysia Today.

“Kes ini sudah pun diterima SPRM yang dikendalikan Bahagian AMLA (Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram). Sehingga sekarang kebenaran bukti ‘conflict of interest’ ini tidak dijelaskan dan tidak dibawa ke Mahkamah Persekutuan.

“Kita yakin pihak SPRM menyiasat kes itu dan mempunyai bukti yang menunjukkan wujudnya ‘conflict of interest’ terhadap Hakim Datuk Nazlan, berdasarkan kenyataan media oleh SPRM pada 21 Mei lalu,” katanya. – Getaran, 24 Ogos 2022

Sorotan

1

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

2

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

3

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

4

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

5

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

6

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

4 Stesen Monorel Ditutup Sementara - Rapid Rail

Semasa 3 jam yang lalu

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

Semasa 1 hari yang lalu

Suspek Kedua Kes Simbah Asid Faisal Halim Direman 5 Hari - Polis

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 jam yang lalu

Akaun Instagram Keluar Kenyataan Simbah Asid Pemain Bola Adalah Palsu – Polis