web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Politikkan, 'Kecoh-Kecoh' Cadangan Tukar Cuti Hujung Minggu - Sultan Johor

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2022 1:50PM

Sultan Ibrahim Iskandar - Gambar dari Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bertitah supaya cadangan kerajaan negeri berkenaan untuk menukar semula cuti hujung minggu kepada Sabtu dan Ahad, tidak dipolitikkan atau mencetuskan kekecohan.

Titahnya, baginda tidak akan tergesa-gesa dalam membuat keputusan berhubung cadangan itu, malah akan menelitinya daripada setiap sudut ‘baik buruk’ dan mengambil kira serta memperhalusi pandangan semua pihak.

“Saya tidak ingin gopoh dalam membuat keputusan. Cadangan kerajaan itu akan saya teliti setiap sudut baik buruknya dan pandangan semua pihak akan diambil kira serta diperhalusi. Tidak payah kecoh-kecoh atau dipolitikkan.

“Buat masa ini saya mahu kerajaan memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi Johor serta kepentingan rakyat,” titahnya.

Baginda bertitah demikian menerusi hantaran di Facebook hari ini.

 

“SAYA TIDAK AKAN TERGESA-GESA DALAM SOAL HUJUNG MINGGU” - SULTAN JOHOR DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum...

Posted by Sultan Ibrahim Sultan Iskandar on Monday, August 22, 2022

Pada masa sama, Sultan Ibrahim bertitah, kerajaan negeri boleh mengemukakan apa jua cadangan dan baginda akan mempertimbangkan sedalam-dalamnya, sebelum memberikan apa-apa keputusan.

Justeru, baginda bertitah agar semua pihak tidak mengeluarkan sebarang spekulasi atau membuat gesaan supaya satu keputusan diumumkan secepat mungkin.

“Saya akan buat pengumuman apabila saya berpuas hati dan cukup yakin keputusan diambil itu adalah yang terbaik untuk Johor,” titah baginda.

Bermula 1 Januari 2014, Sultan Ibrahim mengubah cuti mingguan Johor kepada Jumaat dan Sabtu, sebagai penghormatan kepada hari Jumaat selaku penghulu segala hari dan pengiktirafan Islam sebagai agama negeri berkenaan.

Perubahan itu sebenarnya mengembalikan semula cuti hujung minggu asal, iaitu pada Jumaat dan Sabtu yang dilaksanakan di Johor sejak sekian lama sebagai sebuah Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Negeri berkenaan mula melaksanakan cuti hujung minggu pada Sabtu dan Ahad bermula tahun 1994 apabila ia ditukar semasa pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Besar Johor.

Kerajaan Johor pada 14 Jun lalu dilapor akan mengkaji semula cuti hujung minggu pada Jumaat dan Sabtu, susulan banyak keluhan disuarakan rakyat negeri berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, setiap pandangan berhubung pelarasan cuti hujung minggu di Johor diterima dengan baik dan akan diteliti. – Getaran, 23 Ogos 2022

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

3

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

4

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

5

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

6

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 4 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad