web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sindiket Tipu Pekerjaan: 168 Rakyat Malaysia Masih Terkandas Di Luar Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2022 8:12PM

Ramai rakyat Malaysia masih terkandas di luar negara selepas terperdaya dengan ‘janji manis’ sindiket penipuan kerja dan akhirnya dipaksa bekerja sebagai ‘scammer’. - Gambar hiasan Pixabay

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 168 rakyat Malaysia masih terkandas di luar negara selepas terperdaya dengan ‘janji manis’ sindiket penipuan kerja, sehingga majoriti daripada mereka akhirnya mereka dipaksa bekerja sebagai ‘scammer’.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, bermula tahun 2021 hingga semalam, seramai 238 rakyat Malaysia disahkan sudah terperdaya dengan sindiket terbabit.

Bagaimanapun jelas beliau, 70 daripadanya berjaya diselamatkan dan dibawa pulang ke tanah air.

“Mangsa didapati telah diperdaya dengan iklan peluang kerjaya sebagai pegawai khidmat pelanggan di luar negara yang menawarkan gaji lumayan melalui laman sosial Facebook.

“Mangsa yang tertarik akan berhubung dengan ejen melalui aplikasi Wechat, WhatsApp atau FB Messenger,” katanya hari ini.

Mangsa seterusnya jelas Noorsiah, dimaklumkan bahawa segala kos perbelanjaan dan perjalanan mereka ke destinasi akan ditanggung sepenuhnya, sebaik mereka menyatakan persetujuan.

“Sebaik tiba di negara destinasi, semua dokumen perjalanan dan telefon bimbit mangsa dirampas dan dimusnahkan.

“Mangsa kemudiannya dikurung dan pergerakan mereka dikawal dengan ketat oleh ahli sindiket,” katanya.

Noorsiah memberitahu, mangsa yang sudah terperangkap seterusnya dipaksa bekerja untuk sindiket perjudian atas talian, scammer, pelaburan, Love Scam dan lain-lain penipuan,” katanya.

Jelas beliau lagi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang bekerjasama dengan Kementerian Luar Negara, Aseanpol dan Interpol bagi mengesan dan membawa pulang mangsa yang terkandas.

“Ahli keluarga atau kenalan mangsa yang mempunyai maklumat dinasihatkan membuat laporan polis sekiranya masih belum berbuat demikian.

“Jangan berurus secara terus dengan pihak sindiket atau orang yang tidak dikenali,” katanya, memberi amaran.

Dalam perkembangan berkaitan, Noorsiah berkata, PDRM berjaya menahan enam individu warga tempatan termasuk dua wanita berusia antara 33 hingga 45 tahun dalam Op Pintas ‘Daya’ pada 3 Ogos lalu, yang dipercayai terbabit dengan sindiket penipuan kerja.

“Siasatan dijalankan mengikut Sekayen 12 dan Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670),” katanya. - Getaran, 19 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

2

Semasa 6 bulan yang lalu

‘PDRM Tak Perlu Siasat Siapa Yang Kritik Saya’ - Anwar

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Cawangan Khas PDRM Agensi Perisikan Pertama Berjaya Bongkar Sel Kumpulan JI - Ayob Khan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Lakukan Kekacauan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 7 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad