web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JAKIM Perlu Permudah Peniaga Kecil Peroleh Sijil Halal

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2022 8:08PM

Wujud untuk JAKIM melaksanakan penyelarasan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mempermudah proses pensijilan halal oleh  perusahaan mikro dan kecil (PMK). - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Terdapat keperluan untuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melaksanakan penyelarasan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mempermudah proses pensijilan halal oleh  perusahaan mikro dan kecil (PMK).

Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Dr Abdul Halim Husin berkata, ini disebabkan PMK merangkumi lebih 76 peratus daripada keseluruhan syarikat berdaftar di Malaysia dan menyumbang lebih 34 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Bagaimanapun, mereka (PMK) ini tidak memperoleh Pensijilan Halal disebabkan keperluan lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Jadi, terdapat keperluan penyelarasan di peringkat JAKIM dan PBT mempermudah keperluan ini untuk pensijilan Halal dengan JAKIM serta melakukan penetapan prosedur mudah bagi membantu usahawan PMK ini,” katanya hari ini.

Menurut beliau, JAKIM seharusnya membuat audit secara terus di negara pengeluar berbanding melalui Badan Pengiktirafan Halal, negara berkenaan.

Menurut beliau, ia perlu diambil serius kerana isu pematuhan proses bahan mentah dan penyembelihan meragukan turut ditemui seperti beberapa kes yang berlaku di Australia.

“Perkara itu dapat diterjemahkan melalui tindakan segera dengan menawarkan kepakaran dalam bidang pensijilan ini, dengan mengadakan keperluan syarat untuk mengambil Halal Executive (HE) yang berasal dari Malaysia (rakyat Malaysia).

“Dengan itu, kita dapat meningkatkan peluang pekerjaan HE di luar negara dan seterusnya memantau proses halal di semua kilang tersebut,” katanya.

Menerusi pendekatan tersebut, Abdul Halim berkata, logo halal yang dikeluarkan dapat dipertingkat kualiti dan dijamin mutunya.

Dalam pada itu, menurut beliau, pihaknya turut menekankan pengiktirafan Asia Halal Body yang mampu membantu industri negara membeli bahan mentah dalam kalangan negara Asia, walaupun kilang tersebut mempunyai sijil halal dari negara lain.

Jelasnya, dengan pelaksanaan cadangan terbabit, ia dapat mengelakkan penipuan jaminan halal.

“Sebagai contoh, kilang di Vietnam, tetapi sijil halal adalah dari China. Potensi Ekonomi Halal dengan Jaminan Pensijilan Halal JAKIM jika dikembangkan ke luar negara secara menyeluruh (eksport perkhidmatan dan pengkhidmat) boleh mencecah nilai dagangan sebanyak AS$1.3 trilion (RM5.82 trilion).

“Ini perlu dimanfaatkan segera, bahkan Halatuju Tindakan Pembangunan Bumiputera (TPB) 2030 telah mensasarkan Aktiviti Pertumbuhan Ekonomi Utama  (KEGA) dalam Hab Halal dan Makanan untuk menjana nilai (Gross Operating Surplus (GOS) RM11.75 billion dengan memberikan ruang pekerjaan langsung kepada 10,924 individu,” katanya. 

Abdul Halim berkata, pihaknya juga menyokong penuh usaha kerajaan menerusi JJAKIM yang akan membawa Dasar Halal Negara ke pembentangan Belanjawan 2023.

Menurut beliau dasar tersebut merupakan langkah terbaik dalam memperkasakan ekonomi halal di negara ini.

“Selepas pasca pandemik COVID-19, Dewan Melayu menjadi tempat rujukan dan kunjungan dan permintaan daripada Dewan-Dewan Perniagaan Negara Asing.

“Mereka bukan sahaja berbincang dan mempromosikan produk-produk halal, tetapi juga melibatkan kepakaran dalam menyediakan ekosistem halal untuk negara mereka terutama bagi negara-negara bukan Islam.

“Justeru, Dewan Melayu mengesyorkan kepada kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2023 dapat mengambil kira setiap input yang akan memperkasakan Dasar Halal Negara ini secara tuntas,” katanya. - Getaran, 19 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Ayam Leher Panjang Disembelih Ikut Syarak’ - JAKIM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

GISB: Orang Ramai Ada Maklumat Perlu Adu Kepada JAKIM - Mohd Na'im

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Masjid Seliaan JAKIM Adakan Solat Jenazah Ghaib Ismail Haniyeh Malam Ini

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Persembahan Untuk Maal Hijrah Berdasarkan Tafsir Ilmi Kejadian Langit Dan Bumi’ - JAKIM

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad