web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PH Janji Sambung Siasatan Jika Peroleh Mandat Pada PRU-15

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2022 1:42PM

Pakatan Harapan memberi jaminan akan menyambung siasatan terhadap isu-isu tertentu sekitanya gabungan parti berkenaan diberikan mandat memerintah negara pada PRU nanti. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) berjanji akan menyambung siasatan berkaitan isu-isu tadbir urus, perolehan serta kewangan negara yang telah dihentikan selepas kejatuhan gabungan tersebut.

Usaha berkenaan akan dilaksanakan PH jika gabungan terbabit kembali menerima mandat rakyat pada pilihan raya umum akan datang. 

Dalam satu kenyataan, PH menegaskan, gabungan tersebut juga akan melaksanakan segala strategi dikemukakan melalui Kertas Putih Pertahanan yang telah dibentangkan sebelum ini. 

Menurutnya, PH akan memastikan ketumbukan tentera negara mendapat layanan terbaik dan warganya dibekalkan dengan kelengkapan yang sesuai untuk menjalankan tugas mereka kepada negara.

"Dalam Kertas Putih Pertahanan (KPP) dibentang Menteri Pertahanan ketika PH memerintah negara, TLDM mengharapkan mereka mempunyai kapal tempur pesisir (LCS) yang dilengkapi helikopter dengan keupayaan peperangan anti udara, anti permukaan dan anti kapal selam. LCS juga diharapkan dapat menggantikan kapal frigat dan korvet yang telah berusia.

"Dengan terdedahnya apa yang berlaku kepada LCS, kami yakin pihak yang paling sedih dengan skandal ini adalah penggunanya iaitu warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sendiri, di samping rakyat negara ini," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Fahmi Fadzil - Gambar oleh Nooreeza Hashim
Fahmi Fadzil - Gambar oleh Nooreeza Hashim

Kenyataan tersebut dikeluarkan bersama oleh Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil; Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching dan Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad.

Sementara itu, PH turut melahirkan kekesalan terhadap sikap kepimpinan UMNO sebelum ini yang didakwa melayan pihak tentera secara 'take it or leave it' (ambil atau abaikan), apabila memesan kelengkapan ketenteraan tanpa mengambil kira keperluan penggunanya, iaitu anggota tentera sendiri.

Dakwa kenyataan terbabit, apa yang dipentingkan oleh golongan terbabit adalah mendapat projek untuk kroni mereka, berbanding memenuhi keperluan tentera.

"Pendedahan laporan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) bahawa Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarah rekabentuk LCS ditukar dari SIGMA yang diperlukan TLDM kepada GOWIND seperti dicadangkan pembekal dari Perancis melalui BNS adalah contoh jelas tragedi 'take it or leave it. Pembekal dari Perancis ini juga membekalkan Scorpene sebelum ini," katanya.

Jelasnya, Malaysia adalah sebuah negara maritim yang dikelilingi lautan dan sentiasa terdedah kepada ancaman. 

Antara bentuk ancaman tersebut katanya, adalah rompakan di laut, perlanunan, penculikan untuk tebusan, penyeludupan barang terlarang, pencerobohan migran dan kecurian hasil laut oleh nelayan asing.

"Dianggarkan kerajaan rugi hampir RM6 bilion setahun akibat kegiatan perikanan haram dan jenayah lain di domain maritim kita," katanya lagi.

Menurut panglima TLDM, Tan Sri Mohd Reza Sany, sebanyak 61 peratus aset-aset TLDM adalah usang dan akibatnya, anggota pasukan berkenaan tidak boleh menjalankan tugas mereka dengan baik.

"TLDM berperanan penting menjaga keselamatan di kawasan lautan yang kaya dengan sumber semulajadi dan hidrokarbon selaku penyumbang utama kepada pendapatan negara.

"Oleh itu TLDM perlu dalam keadaan siap siaga sepanjang masa untuk mendepani ancaman maritim termasuk dari sudut kelengkapan dan keupayaan aset-asetnya," katanya. - Getaran, 18 Ogos 2022



 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Luar Negara 7 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar