web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sukar Hapuskan Rasuah Kerana Rakyat Malaysia 'Bukan Penyibuk' - Masidi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2022 1:27PM

Masidi Manjun - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Kelesuan budaya atau 'cultural malaise' dikenal pasti sebagai salah satu faktor yang menghalang gejala rasuah daripada dihapuskan di Malaysia.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, rakyat Malaysia bukan terdiri daripada mereka yang 'suka menjaga tepi kain orang’ dan sikap itu menyebabkan rasuah berkembang dalam masyarakat.

''Ringkasnya, ini bermakna rakyat Malaysia lebih pemaaf apabila melibatkan rasuah.''

Masidi yang juga Menteri Kewangan II Sabah berkata demikian selepas mengetahui bahawa Malaysia menduduki ranking terakhir dalam Laporan Transparency International  2019 berhubung peratusan mereka yang bersetuju bahawa ia boleh diterima secara sosial untuk melaporkan rasuah.

Indonesia menduduki ranking pertama pada 85 peratus, diikuti Myanmar (80 peratus), Thailand (66 peratus), Kemboja (66 peratus), Vietnam (65 peratus) dan Malaysia yang menduduki kedudukan terakhir pada 48 peratus.

Masidi berkata, implikasi laporan itu menunjukkan bahawa 52 peratus daripada mereka yang ditemubual di Malaysia oleh Transparency International sanggup 'menutup sebelah mata' apabila melibatkan rasuah.

"Saya agak terkejut dengan statistik Transparency International.

“Ringkasnya, ini bermakna rakyat Malaysia lebih pemaaf apabila melibatkan rasuah.

“Dan berdasarkan alasan (tinjauan) bahawa mereka tidak mahu jaga tepi kain orang lain,” katanya selepas melancarkan forum antirasuah semasa forum korporat serta perniagaan skala kecil dan sederhana di sini, semalam .

Masidi memberitahu, negara mempunyai undang-undang yang mencukupi untuk membendung rasuah dan melindungi saksi.

Bagaimanapun beliau berkata, masalahnya adalah tiada sesiapa yang sanggup tampil ke hadapan dan melaporkan kes rasuah disebabkan sikap seumpama itu.

“Ini jelas. Lihat sahaja berapa ramai yang menguruskan perselisihan domestik. Sebahagian daripada jiran hanya menjauhkan diri daripada terlibat dalam urusan peribadi orang lain.

“Saya katakan perkara ini tidak sepatutnya berlaku apabila melibatkan rasuah. Kita perlu mendedahkannya untuk tatapan umum,” katanya.

Menurut Masidi, sikap orang ramai terhadap jenayah seumpama itu mesti berubah terutamanya apabila melibatkan dana awam.

Beliau juga mencadangkan penubuhan unit integriti dalam syarikat berkaitan kerajaan di Sabah sebagai langkah untuk membendung rasuah dalam sektor itu.

Masidi berkata, rasuah tidak sepatutnya dibiarkan berleluasa, kerana ia akan menyebabkan pelabur lari dari Malaysia.

“Saya minta maaf untuk mengatakan ini, tetapi salah satu sebab mengapa ramai yang tidak pergi dan melabur di beberapa bahagian Afrika adalah kerana rasuah di sana terlalu tinggi. Ia tidak berbaloi untuk melabur.

"Jika kita tidak melakukan apa-apa untuk memperbetulkan persepsi ini, akhirnya, kita juga boleh menjadi seperti Afrika," katanya.

Dalam perkembangan lain, Masidi melahirkan rasa terkejut dengan kes pengelakan cukai membabitkan Kementerian Kewangan Sabah.

“Kami membongkar kes itu sedikit demi sedikit. Saya agak terkejut dengan keputusan itu,” katanya merujuk kepada penahanan seorang pesara pegawai kanan kerajaan yang pernah berkhidmat di kementerian terbabit oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SPRM pada 20 Mei lalu menahan pesara berkenaan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM700,000 daripada sebuah syarikat minyak sawit sebagai balasan memalsukan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah setiap bulan daripada kementerian terbabit. - The Vibes, 18 Ogos 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Luar Negara 17 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar