web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penunggang ‘Diabaikan’ Ketika Acara Berbasikal Terima Bayaran Balik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2022 7:00AM

Kira-kira 500 penunggang basikal masih menunggu untuk menerima bayaran balik berikutan pembatalan aktiviti “Enduride Challenge” dan “Fun Ride with Stars”, yang dijadualkan oleh MyCycleXpo 2022 dari 29 hingga 31 Julai. - Gambar ihsan Alvin Wong

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penunggang basikal yang dibiarkan menunggu dan ‘tidak dilayan’ pada acara berbasikal di Bukit Jalil di sini, awal bulan ini selepas penganjur ‘menghilangkan diri’ pada saat akhir, menerima bayaran balik.

Menurut Pengarah Rise International Sports Exhibition Sdn Bhd, Lim Kee Beng, iaitu pihak penganjur acara terbabit,  proses bayaran balik bermula dua minggu lalu.

Bercakap kepada The Vibes, beliau memaklumkan bahawa lebih daripada 90 peratus bayaran balik untuk acara ‘Criterium Series’ dan ‘Fun Ride with the Stars’ sudah diproses.

Manakala, katanya, bayaran balik untuk acara ketiga yang dibatalkan, iaitu ‘Enduride Challenge’, baru sahaja bermula.

“Proses bayaran balik bermula pada 5 Ogos untuk Criterium and Fun Ride. Ia hampir selesai kecuali bagi mereka yang memilih bayaran balik menerusi Ticket2u (tiket dalam talian), jadi mereka perlu menunggu lebih lama.

“Bagi Enduride, proses bayaran balik bermula pada Jumaat lalu, tetapi kami menghadapi isu gangguan sistem sejak semalam.

“Kami sedang melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin,” katanya.

Kee Beng menjelaskan, Criterium Series, Fun Ride with the Stars serta Enduride Challenge adalah antara tujuh acara berbasikal yang dijadual berlangsung pada 30 dan 31 Julai lalu di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Tambahnya, acara berkenaan bukan sebahagian daripada ekspo sukan berbasikal terbesar, iaitu Malaysia International Cycle Expo (MyCycleXpo) 2022 yang bertentangan dengan persepsi diberikan di media sosial.

“Saya dapati ramai keliru kerana MyCycleXpo dan acara berbasikal berlaku pada masa sama di tempat serupa kerana kedua-duanya dianjurkan organisasi sama.

“MyCycleXpo adalah pameran berbasikal untuk pengilang, pengedar, pembekal serta peruncit dalam kalangan pemain industri tempatan dan antarabangsa.

“Sedangkan acara berbasikal itu dianjurkan di bawah acara berbeza yang dipanggil Rise Ride Challenge Day,” katanya.

Terdahulu, The Vibes melaporkan bahawa kira-kira 500 penunggang basikal yang sudah mendaftar dan bersedia untuk memulakan kayuhan pada satu acara, terkejut serta berang apabila penganjurnya ‘menghilangkan diri’ pada hari program itu dijadualkan berlangsung di Arena Axiata di Bukit Jalil.

Susulan kejadian itu, MyCycleXpo membuat permohonan maaf dan penjelasan di halaman Facebooknya.

Kee Beng turut mendakwa bahawa pihaknya mempunyai permit untuk acara itu dan berkongsi salinan dokumen bagi menjernihkan keadaan. - The Vibes, 15 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Saksi Kemalangan Langgar Lari Penunggang Basikal Dicari

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 23 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Pendidikan 19 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja