web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Mulakan Siasatan Kes Fitnah RPK Terhadap Amar Singh

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2022 9:54PM

Amar Singh Ishar Singh - Gambar Khalifah Mail Online

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis membuka kertas siasatan berhubung kes fitnah membabitkan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, laporan berkenaan diterima Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi jam 3.02 petang tadi.

"Bahagian Siasatan Jenayah Dang Wangi, telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

"Polis sedang menjalankan siasatan dan seterusnya merujuk kertas siasatan itu kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," katanya hari ini.

Terdahulu, penulis blog kontroversi Raja Petra Kamaruddin dalam portal miliknya, Malaysia Today mendakwa Amar Singh membawa teman wanita semasa serbuan dibuat di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pavilion Resident pada Mei, 2018.

Raja Petra juga mendakwa, wanita terbabit melarikan satu beg tangan yang dirampas di kediaman tersebut yang mengandungi wang tunai.

Amar Singh kemudiannya menafikan dakwaan tersebut sebelum membuat laporan polis di IPD Dang Wangi hari ini. - Getaran, 12 Ogos 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar