Berita Terkini

6 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Insiden iPay88 Bukti Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Perlu Dipinda Segera

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2022 4:32PM

Lebih 100 juta data peribadi telah dicuri dalam lima tahun kebelakangan ini termasuk insiden iPay88 baru-baru ini - Gambar Hiasan Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 harus dipinda segera agar jenayah siber seperti yang menimpa syarikat penyedia penyelesaian pembayaran dalam talian, iPay88 tidak berulang.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, ini bagi memastikan penyedia penyelesaian pembayaran dalam talian memberi notis secepat mungkin kepada pihak berkuasa dan mangsa apabila berlaku pencerobohan atau kecurian data.

Menurut beliau, terdapat keperluan untuk kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat pencerobohan, kecurian dan kebocoran data peribadi yang berlaku sejak lima tahun lalu.

“Lebih 100 juta data peribadi telah dicuri dalam lima tahun kebelakangan ini termasuk insiden iPay88, dan kerana ia juga merupakan isu keselamatan negara, saya menggesa kerajaan menubuhkan RCI bagi menyiasat sepenuhnya insiden yang terjadi.

“Kerajaan juga perlu mengenalpasti langkah menyeluruh bagi memperkasa keselamatan siber negara dan mendapatkan keadilan buat semua mangsa kecurian data peribadi termasuk yang diperdaya ‘scammer’,” katanya hari ini.

Data peribadi pengguna jelas Fahmi, perlu dilihat sebagai aset dan khazanah negara, justeru aspek keselamatan perlu diberi perhatian amat serius dan dilindungi sepanjang masa.

Pengarah Strategik Komunikasi PKR itu menegaskan, iPay88 seharusnya memberi pampasan kewangan kepada semua pelanggan yang menjadi mangsa insiden pencerobohan pangkalan data Mei lalu.

Beliau turut meluahkan kekesalan kerana syarikat itu hanya mengumumkan kejadian tersebut semalam, tanpa memberi sebarang maklumat lengkap tentang jumlah data peribadi atau mangsa terkesan serta langkah yang telah diambil untuk memaklumkan mangsa pencerobohan data peribadi.

“Ini amat tidak memuaskan dan iPay88 wajib menjelaskan bila syarikat itu sebenarnya mengesan pencerobohan atau kecurian data berlaku. Mengapa ia tidak membuat pemakluman lebih awal dan memaklumkan kepada mangsa yang terkesan.

“iPay88 harus sedar, tanpa data peribadi semua mangsa ini, model perniagaan syarikat itu pasti tidak berjaya. Oleh itu, jika syarikat tersebut serius dan ikhlas dalam menangani insiden keselamatan siber ini, ia harus memberi pampasan kewangan kepada semua mangsa ini,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut meminta Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan bank komersil agar lebih proaktif membantu setiap mangsa kecurian data peribadi akibat kelemahan keselamatan mana-mana bahagian dalam ekosistem kewangan.

“Semua mangsa ini akan mengalami trauma, kegusaran dan kerisauan tentang kecurian data peribadi mereka serta aktiviti jenayah yang mungkin berlaku.

“Jika mereka nanti menjadi mangsa scammer, sudah pasti akan ada yang menjadi murung atau mengalami masalah kesihatan mental lain. Oleh itu, institusi kewangan serta badan-badan seperti ABM, AIBIM dan lain-lain perlu menjadi penggerak utama bagi mengesyorkan mekanisme pampasan termasuk kewangan kepada mangsa,” jelasnya.

Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Lee Chean Chung terkilan dengan insiden yang berlaku kepada iPay88 dan turut mempersoalkan kelewatan syarikat terbabit dalam mendedahkan isu berkenaan kepada umum.

“ABM dan AIBIM telah mengeluarkan kenyataan susulan itu. Perkembangan ini nampak mengukuhkan lagi bukti bahawa iPay88 tidak memaklumkan kebocoran maklumat ini kepada pihak bank.

 “Tetapi adakah kejadian ini diketahui BNM terlebih awal? Agensi itu wajib tampil memberikan penjelasan segera supaya tidak dilihat leka dan bersekongkol dalam kebocoran maklumat yang antara paling serius dalam sejarah Malaysia. Jangan lupa bahawa iPay88 hanya merupakan sebuah syarikat merchant acquires daripada 51 buah syarikat yang beroperasi di negara ini,” katanya. – Getaran, 12 Ogos 2022

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

Semasa 5 jam yang lalu

NADMA Laksana Pembenihan Awan Di Papar, Lahad Datu Dan Tawau

Semasa 21 jam yang lalu

Lelaki Myanmar Dan Bangladesh Disyaki Dalang Utama Sindiket Pekerja Asing Ditahan