Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Kadar Sewa Di Premis Kerajaan Diarah Turun 10-20 Peratus

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2022 4:55PM

Annuar berkata keputusan menurunkan kadar sewa itu adalah 'tindakan simbolik' yang menunjukkan bahawa ada elemen, barangan atau perkhidmatan yang sebenarnya boleh diturunkan harganya. - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERDANG - Premis perniagaan di bawah bidang kuasa kementerian dan agensi kerajaan yang disewakan kepada peniaga kecil dan penjaja diarah menurunkan kadar sewa minimum antara 10 dan 20 peratus mulai bulan depan, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa.

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata cadangan itu disyorkan dalam mesyuarat lepas pasukan itu berdasarkan pengalaman Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) menguruskan kos ditanggung peniaga dan perkara itu dibawa ke Jemaah Menteri untuk mendapat dokongan semua kementerian dan agensi kerajaan serta telah direstui dalam mesyuarat Kabinet semalam.

Beliau berkata keputusan itu adalah usaha tambahan kerajaan untuk menyambung inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang melaksanakan pengecualian bayaran sewaan selama enam bulan kepada pengusaha dan penyedia perkhidmatan makanan di dalam kampus Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), hingga mampu menawarkan menu makanan pada harga RM3.50.

"Terbukti itu dapat dilakukan. Maka kita memperluaskan dasar kecaknaan kepada peniaga kecil di mana premis di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Amanah Rakyat (MARA), agensi kerajaan dan kementerian perlu menurunkan sewa minimum 10 hingga 20 peratus," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, di sini hari ini.

Annuar Musa - Gambar fail
Annuar Musa - Gambar fail

Menurutnya, KWP melakukan penurunan kadar sewa dengan pemotongan 50 peratus melibatkan antara RM400 dan RM1,654 sebulan di premis DBKL, dan tindakan sama juga dilakukan Perbadanan Putrajaya (PPj) di medan selera, kiosk, trak makanan, lot kedai, peniaga program usahawan anak muda kota yang melibatkan 336 peniaga kecil di Putrajaya.

Annuar berkata keputusan menurunkan kadar sewa itu adalah 'tindakan simbolik' yang menunjukkan bahawa ada elemen, barangan atau perkhidmatan yang sebenarnya boleh diturunkan harganya.

"Kita sebagai sebuah satu keluarga besar, Keluarga Malaysia perlu cuba untuk menurunkan harga supaya negara tidak terjebak dalam kitaran berlumba-lumba menaikkan harga sehingga ada kenaikan harga dilakukan hanya kerana sentimen bukan kerana faktor kos yang terlibat," katanya.

Sebagai contoh, katanya apabila harga minyak masak dan ayam turun sekarang dan harga elektrik pula tidak meningkat, dan ia jelas kos pengeluaran bagi sesetengah barang tertentu termasuk barangan bermasak sebenarnya boleh dikekalkan tanpa dinaikkan harga, dikembalikan kepada harga sebelum ini atau peniaga bersama-bersama menurunkan harga.

Annuar berkata gerakan koperasi akan melancarkan barangan harga murah rangkaian koperasi pada 19 Ogos depan yang dijangka dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan juga pelaksanaan rangkaian jualan murah Keluarga Malaysia pada hari yang sama.

Beliau berkata kaedah menurunkan kadar sewa premis, jualan murah di bawah rangkaian program koperasi atau penurunan harga barangan tertentu termasuk ayam, minyak masak dan telur diharap dapat menambah keyakinan rakyat untuk bersama mengawal situasi inflasi dan kenaikan harga barang selari dengan tema Hari Kebangsaan 2022 iaitu 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama'. - Bernama
 

Sorotan

1

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

2

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

3

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

4

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

5

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

6

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

7

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

Semasa 1 hari yang lalu

Terumbu Karang Musnah, Jejas Pelancongan Di Pulau Perhentian

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Panggilan ‘Scam’ Tahun Lalu Meningkat Lebih 100 Peratus

Semasa 22 jam yang lalu

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA