web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JPV, DoSM Kumpul Data Bekalan Ayam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2022 4:21PM

DOSM dipertanggungjawabkan untuk mengumpulkan data berkaitan bekalan ayam bagi memastikan kawalan keselamatan makanan diuruskan secara teratur - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERDANG - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan Jabatan Perangkaan (DOSM) dipertanggungjawabkan untuk mengumpulkan data berkaitan bekalan ayam bagi memastikan kawalan keselamatan makanan diuruskan secara teratur, kata Pengerusi Pasukan Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa.

"Tanpa data jelas, isu keselamatan makanan tidak dapat diuruskan dengan komprehensif," kata Menteri Komunikasi dan Multimedia itu bahawa ia bagi mengelakkan kerajaan membuat tindakan sementara dan dasar yang tidak tetap.

Annuar berkata JPV diberi masa seminggu untuk mencadangkan satu corak pengurusan data pengeluaran ayam dan import ayam, selain mesti mempunyai data terkini mengenai rekod import permit bagi mengetahui jumlah import ayam.

DOSM pula perlu menyediakan Indeks Kos Pengeluaran Ayam secara bulanan, dan angka itu akan dijadikan rujukan sebagai penanda aras untuk menentukan harga wajar di peringkat peruncitan dan peringkat jualan, katanya pada sidang media di sini hari ini selepas mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Jihad Tangani Inflasi siri ke-10.

Annuar berkata dasar mengenai import dan eksport ayam bulat termasuk harga minyak masak yang ditetapkan buat masa ini akan dikekalkan sehingga JPV dan DOSM menguasai pengurusan data dengan lebih teratur.

“Model (pengurusan data) ini boleh diperluaskan kepada barangan makanan lain bagi memastikan kawalan keselamatan makanan lebih teratur berdasarkan pengurusan yang lebih tersusun,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 3 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad