web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Atlet Muay Thai ‘Hilang’ Kembali Ke Pangkuan Keluarga Di Kedah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2022 10:59AM

Muhammad Fazril (kiri) bersama jurulatihnya John Faizol. - Gambar ihsan John Faizol

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Atlet Muay Thai berusia 19 tahun yang dilaporkan semalam ketika melakukan aktiviti rutin iaitu berjoging di Taman Rimba Kiara, selamat pulang ke pangkuan keluarganya di Kedah.

Perkara itu disahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerusi satu mesej ringkas hari ini.

“Untuk makluman, individu itu tidak hilang dari Bukit Kiara seperti dilaporkan pengadu. Menurut polis, dia kini berada di Kedah bersama ahli keluarganya,” katanya.

Kakak Muhammad Fazril Rashid berkata, adiknya selamat pulang ke kediaman keluarga dan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menyertai pencarian malam semalam serta berkongsi maklumat kehilangannya.

“Ketika berjoging, dia terdengar bisikan halus menyuruhnya mendaki Bukit Kiara, menyebabkan dia berasa terganggu dan keliru. Jadi, dia memutuskan untuk pergi ke masjid terdekat.

“Dia mengalami sakit kepala yang teruk dan tertidur di masjid itu,” tulisnya di Facebook dengan nama Farah Wahida, hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan bagaimana Fazril pergi ke Kedah.

Bercakap kepada The Vibes, pelari tempatan Foo Sheek Hian berkata, dia menyertai misi pencarian remaja itu semalam selepas terdengar tentang kehilangan Fazril.

Memutuskan untuk mengambil bahagian dalam misi mencari dan menyelamat memandangkan dia sudah biasa dengan kawasan sekitar Bukit Kiara, Sheek Hian berkata, dia bermula pada jam 7.45 malam dan menamatkan pencarian pada jam 10 malam selepas gagal mengesan Fazril.

“Saya bersendirian sepanjang pencarian saya. Apabila saya memaklumkan kepada pengawal keselamatan tentang alasan saya berada di sana, mereka berkata mereka tidak mengetahui tentang kes itu.

“Saya pergi ke beberapa tempat di sepanjang denai kerana bimbang Fazril mungkin pengsan di suatu lokasi,” katanya.

Tambahnya, dia terserempak dengan dua pegawai polis ketika meninggalkan kawasan itu yang memaklumkan, remaja terbabit masih belum ditemui.

“Saya gembira mengetahui dia selamat sekarang,” katanya.

Semalam, The Vibes melaporkan bahawa jurulatih Fazril, John Faizol, telah membuat laporan polis pada jam 11 malam tadi selepas remaja itu dilihat kali terakhir pada jam 6.30 pagi.

“Dia memberitahu bermimpi buruk dan mahu minum air dari puncak bukit, tetapi saya melarangnya berbuat demikian.

“Saya melarangnya masuk ke hutan kerana dia mungkin tersesat. Saya risau kejadian ini mungkin melibatkan elemen mistik,” katanya.

John turut menggambarkan Fazril sebagai atlet yang cergas dan amat berdisiplin serta komited.

Menurut jurulatih itu, remaja berkenaan berada di bawah bimbingannya sejak satu setengah tahun yang lalu. - The Vibes, 10 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 5 tahun yang lalu

Bangkai Kapal Selam KRI Nanggala 402 Dijumpai, 53 Anak Kapal Disahkan Mati

Sorotan

1

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

2

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

3

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

5

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 8 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad