web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Atlet Muay Thai Hilang Ketika Jogging Di Taman Rimba Kiara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2022 7:00AM

Muhammad Fazril kali akhir dilihat pada jam 6.30 pagi semalam. - Gambar ihsan John Faizol

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang atlet Muay Thai berusia 19 tahun dilaporkan hilang sejak awal pagi semalam ketika melakukan aktiviti rutin iaitu berjogging di Taman Rimba Kiara, berhampiran Taman Tun Dr Ismail di sini.

Jurulatihnya, John Faizol memberitahu, laporan polis berhubung kehilangan Muhammad Fazril Rashid dibuat sekitar jam 11 malam tadi.

Menurut beliau, remaja berkenaan kali akhir dilihat pada jam 6.30 pagi semalam.

Ketika dihubungi The Vibes, John berkata pihak berkuasa sudah memulakan misi mencari dan menyelamat untuk mengesan atlet terbabit.

Katanya, Fazril sepatutnya pulang dari latihan rutin berkenaan dalam tempoh satu setengah jam, namun dia gagal berbuat demikian.

“Saya menunggu kepulangan Fazril selama dua jam, dan kemudian sehingga tiga jam. Sekitar 10.30 pagi, saya masih tidak melihat dia di gimnasium jadi saya terus menuju ke taman itu untuk mencarinya, tetapi tidak berhasil,” katanya.

 

Dear facebook, a 19 years old boy is lost inside kiara trail since 6:30 am this morning, he is alone. Anybody found him pls pm me. I will go for 1 loop later after 7 pm. Thank you ?

Posted by AShe Ek on Tuesday, August 9, 2022

“Saya menubuhkan pasukan mencari terdiri daripada 30 individu pada jam 3 dan 6 petang. Beliau lazimnya amat menepati waktu,” katanya.

John turut menggambarkan Fazril sebagai atlet yang cergas dan amat berdisiplin serta komited.

Menurut jurulatih itu, remaja berkenaan berada di bawah bimbingannya sejak satu setengah tahun yang lalu.

“Beliau seorang yang amat berbudi bahasa. Saya amat berharap Fazril segera ditemui,” katanya.

Walaupun memiliki perilaku terpuji, remaja berasal dari Kedah itu baru-baru ini kerap kali mengadu mengalami mimpi buruk, sehingga menunjukkan perubahan tingkah laku, kata John.

“Fazril beritahu dia mengalami mimpi buruk dan mahu meminum air dari puncak bukit, tetapi saya melarangnya berbuat demikian.

“Saya melarangnya masuk ke hutan kerana dia mungkin tersesat. Saya risau kejadian ini mungkin melibatkan elemen mistik.

“Tolonglah bantu saya mencari Fazril,” katanya, merayu.

Orang ramai yang memiliki sebarang maklumat mengenai Fazril diminta menghubungi balai polis terdekat atau memaklumkan perkara itu kepada John sendiri, menerusi nombor 014 - 741 6841. - The Vibes, 10 Ogos 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 10 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 13 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran