web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Awas! Penjaga Dedah Bayi Kepada Rokok, Vape Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2022 9:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ibu bapa atau penjaga yang mendedahkan bayi kepada aktiviti merokok, termasuk rokok elektronik boleh didakwa dan dikenakan tindakan menerusi peruntukan undang-undang sedia ada.

Pengamal undang-undang, Fahmi Abd Moin berkata, ia memandangkan perbuatan itu berisiko mendatangkan kemudaratan kepada fizikal dan emosi bayi terbabit.

Katanya, peruntukan untuk kesalahan itu adalah membabitkan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 menggariskan kesalahan membabitkan penganiayaan, pengabaian dan pembuangan atau pendedahan kanak-kanak.

“Mengikut seksyen itu, mana-mana individu, ibu bapa atau penjaga yang didapati bersalah (mendedahkan bayi dan kanak-kanak) terhadap tindakan terbabit, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM50,000 atau kedua-duanya.

“Mana-mana individu yang mempunyai pemeliharaan seorang kanak-kanak dan kemudian mendedahkannya dengan cara mungkin menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi, boleh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas video tular menunjukkan tindakan seorang pemuda menghulurkan vape ke mulut bayi perempuan, sehingga mengundang kecaman dan kemarahan ramai.

Meskipun kedengaran suara seorang wanita melarang perbuatan itu, lelaki berkenaan tidak mengendahkannya.

Lebih mengejutkan, kedengaran suara seorang lagi wanita dalam video itu yang seakan-akan teruja melihat tindakan berkenaan.

Video itu dimuat naik di Instagram Story sebelum dikongsi semula seorang individu di Twitter sehingga tular.

Sementara itu, Pakar Perubatan Kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr Mohd Afiq Mohd Nor berkata, aktiviti merokok dan kesan asap bahan itu bukan sahaja memberi impak buruk kepada kesihatan dewasa, malah lebih ‘merosakkan’ tubuh badan golongan lebih muda.

Dr Mohd Afiq Mohd Nor
Dr Mohd Afiq Mohd Nor

Justeru, katanya, sudah pasti sekiranya perlakuan itu membabitkan bayi, kesannya berganda memandangkan tubuh badan mereka masih kecil dan belum cukup matang.

Beliau berkata, tindakan memberi bayi dan kanak-kanak kecil menghisap rokok, termasuk vape berisiko menyebabkan kerosakan paru-paru, sekali gus boleh mengakibatkan kematian.

Tegasnya, keadaan itu mengakibatkan bayi atau kanak-kanak terbabit akan mengalami kesan membimbangkan sekiranya terdedah kepada asap bahan berkenaan.

“Harus difahami organ dalaman seseorang bayi masih belum matang untuk menahan unsur tidak baik seperti asap rokok, termasuk rokok elektronik seperti vape.

“Seperti kita tahu, rokok atau cecair vape mempunyai banyak bahan kimia berbahaya, jika terhadap dewasa juga boleh mendatangkan keburukan, apatah lagi terhadap bayi,” katanya kepada Getaran.

Dr Mohd Afiq yang juga Pengarah Kempen Selangor Bebas Rokok (SELBAR) berkata, kemungkinan bayi tersebut boleh menghidap ‘penyakit dalaman’ yang tidak disedari akibat asap rokok atau vape, namun diketahui apabila masalah itu sudah menjadi serius.

“Apa pun pihak kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan lelaki tersebut yang disifatkan menzalimi bayi terbabit, malah tidak bertanggungjawab kerana bayi sekecil itu sepatutnya tidak diperkenalkan dengan tabiat buruk seperti merokok, mahupun vape.

“Individu tersebut sepatutnya dikenakan tindakan sewajarnya oleh pihak berkuasa atas sikap tidak bertanggungjawab,” katanya. - Getaran, 8 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

2

Semasa 8 bulan yang lalu

‘Kenapa Cukai Vape Tak Disentuh Dalam Belanjawan 2026?’ - Teresa

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar