web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Harga Maksima Minyak Masak Bulanan: Majoriti Peniaga Patuh, Ada Jual Lebih Murah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2022 9:16PM

Jawatankuasa Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi berpuas hati kerana kesemua premis dikunjungi penguat kuasa menunjukkan pematuhan hampir 100 peratus terhadap had harga maksima ditetapkan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Menerusi pemantauan dilaksanakan Jawatankuasa Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi berhubung had harga maksima minyak masak sawit dalam botol lima kilogram yang ditetapkan secara bulanan bermula Ogos dan dilaksanakan pada setiap 8 hari bulan, hampir 100 peratus peniaga di seluruh negara mematuhi peraturan itu.

Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, lebih ‘membanggakan’ adalah sekitar 17 peratus daripada peniaga berani menjual minyak masak dalam kuantiti itu pada harga lebih rendah, berbanding kadar terbabit.

Katanya, hingga tengah hari tadi, hampir 200 premis perniagaan dikunjungi pasukan penguat kuasa untuk memantau pematuhan peraturan had harga maksima itu di seluruh negara.

“Kita berpuas hati kerana kesemua premis dikunjungi penguat kuasa menunjukkan pematuhan hampir 100 peratus terhadap had harga maksima ditetapkan.

“Kita mengucapkan setinggi penghargaan kepada pihak peniaga kerana mematuhi peraturan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Jihad Tangani Inflasi di Parlimen di sini, hari ini.

Annuar berkata, perkembangan tersebut adalah amat memberangsangkan memandangkan peniaga mematuhi pelaksanaan kaedah itu dengan baik.

Menurutnya, tinjauan pasukan penguatkuasaan mendapati, harga jualan minyak masak pada hari pertama pelaksanaannya adalah sekitar RM6.70 hingga RM7.70 bagi kuantiti satu kilogram (kg); RM12.70 hingga RM14.70 (2 kg); RM21.30 hingga RM21.70 (3 kg) dan RM28.90 hingga RM34.70 (5 kg).

“Kita harap situasi ini akan terus berkekalan sehingga kita akan menyemak harga (baharu) setelah MPOB (Lembaga Minyak Sawit Malaysia) membuat pengumuman hitung panjang harga CPO (Harga Harian Minyak Sawit Mentah) bagi Ogos.

“Pengumumannya akan dibuat pada 1 September depan,” katanya.

Awal bulan ini, Annuar mengumumkan kerajaan memutuskan melaksanakan mekanisme penetapan harga minyak masak botol lima kg ditentukan secara bulanan mengikut purata CPO bulan sebelumnya.

Katanya, penetapan harga siling itu akan berkuat kuasa setiap 8 hari bulan dengan kadar bagi minyak masak botol tiga kg dan satu kg bakal diumum Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Harga akan ditetapkan secara bulanan berasaskan purata CPO diumumkan MPOB pada setiap satu hari bulan. Harga ini akan menjadi penanda aras menentukan harga jualan minyak masak tulen tanpa subsidi,” katanya. - Getaran, 8 Ogos 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad