web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dapatan Awal Isu Kartel: 5 Perusahaan Didapati Langgar Akta Persaingan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2022 4:40PM

MyCC mendapati lima perusahaan melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) hari ini mengeluarkan keputusan cadangan bagi siasatan terhadap isu berkaitan persaingan dalam industri ayam dan telur. 

Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Iskandar Ismail berkata, secara awal, pihaknya mendapati lima perusahaan melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010. 

Jelasnya, lima perusahaan tersebut adalah Dindings Poultry Development Centre Sdn Bhd, FFM Berhad, Gold Coin Feedmills (Malaysia) Sdn Bhd, Leong Hup Feedmill Malaysia Sdn Bhd dan PK Agro-Industrial Products (M) Sdn Bhd. 

“Ini dengan memasuki perjanjian antipersaingan dan/atau amalan bersepadu dalam menaikkan kuantum harga makanan ayam yang mengandungi kacang soya dan jagung sebagai bahan utamanya, di antara awal tahun 2020 sehingga pertengahan tahun 2022,” katanya pada sidang media hari ini. 

Beliau berkata, hasil penyiasatan mendedahkan bahawa maklumat perdagangan sensitif dikongsi antara perusahaan tersebut dilihat berpotensi mengganggu persaingan dalam pasaran. 

Katanya, melalui penetapan harga pada kuantum sama yang menyebabkan kenaikan serupa dalam kalangan perusahaan, pilihan pembeli ketika memilih pembekal makanan ayam mereka yang menawarkan harga terbaik menjadi terhad. 

Iskandar Ismail - Gambar ihsan MyCC
Iskandar Ismail - Gambar ihsan MyCC

“Kesannya, perlakuan perusahaan tersebut berpotensi menghasilkan sebuah landskap antipersaingan dalam rantaian bekalan industri ayam,” katanya. 

Tegasnya, makanan ayam adalah penyumbang utama kepada kos penternakan ternakan terbabit, iaitu kira-kira 72.8 peratus daripada jumlah kos keseluruhan.

Justeru, beliau berkata, apabila persaingan dimanipulasi dalam pasaran makanan ayam, keseluruhan bekalan rantaian industri akan terjejas. 

“Pengguna yang berada di hujung rantaian bekalan ini adalah paling terjejas,” katanya. 

Menurutnya, memandangkan penemuan MyCC melalui keputusan cadangan adalah dapatan awal hasil penyiasatan, maka tidak boleh diandaikan bahawa mana-mana perusahaan melanggar undang-undang pada peringkat ini. 

Jelasnya, lima perusahaan itu kini mempunyai peluang untuk mengemukakan representasi mereka dalam tempoh 30 hari dari tarikh di mana keputusan cadangan berkenaan disampaikan kepada mereka. 

Beliau memberitahu, mereka boleh memilih untuk membentangkan representasi mereka secara lisan pada tarikh akan ditentukan kelak, selepas MyCC menerima representasi bertulis mereka. 

“Setelah mendengar dan mempertimbangkan representasi bersama bukti yang dikumpul dalam proses penyiasatan, MyCC akan mengeluarkan keputusan akhir sama ada terdapat dapatan pelanggaran atau tiada pelanggaran di bawah Akta Persaingan 2010. 

“Sekiranya terdapat pelanggaran, MyCC boleh mengenakan penalti kewangan sehingga 10 peratus daripada pusing ganti seluruh dunia oleh perusahaan tersebut sepanjang tempoh pelanggaran itu. 

“Selain penalti, MyCC juga boleh mengenakan arahan tertentu yang dianggap wajar,” katanya. 

Iskandar memberitahu, surat pemberitahuan sudah diserahkan kepada kelima-lima perusahaan terbabit pada hari ini, manakala keputusan akhir dijangka diperoleh Oktober ini. 

Ditanya berhubung lokasi perusahaan itu, beliau memberitahu bahawa ia beroperasi di kebanyakan tempat di seluruh Malaysia. 

Pada 1 Februari lalu, MyCC mengumumkan penubuhan satu pasukan khas untuk menyiasat isu berkaitan persaingan dalam industri ayam dan telur. 

Ini berikutan arahan diterima daripada Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL).  - Getaran, 5 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Nafi Beras Putih Malaysia MADANI Sokong Perbuatan Kartel

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kartel Sabotaj Usaha Kerajaan Ringankan Beban Rakyat - Armizan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahkamah Tinggi Batalkan Cadangan Denda RM86.77 Juta MyCC Kenakan Terhadap Grab

4

Semasa 2 tahun yang lalu

MyCC, KPDN Jalin Kerjasama Pastikan Pengguna Tak Berdepan Isu Gula

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Ibu Muda Mengaku Salah Sebabkan Kematian Bayi Perempuan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

2 Beradik Maut Rumah Terbakar

oleh Wartawan Gaya Hidup

Politik 1 hari yang lalu

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Caj Melampau & Terima Ugutan, Pengguna Media Sosial Bimbang Keselamatan

oleh Amirah Abu Bakar