web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Didesak Campur Tangan, KPPA Dituntut Mohon Maaf

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2022 2:29PM

Datuk Adnan Mat - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan didesak campur tangan dalam isu Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah didakwa menengking pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana tindakan itu membelakangi nilai sewajarnya.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS), Datuk Adnan Mat berkata, pihaknya turut menuntut permohonan maaf daripada Mohd Shafiq berhubung tindakannya itu.

Katanya, seorang pegawai tertinggi kerajaan sewajarnya menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada pegawai bawahan mereka.

“Adalah amat malang jika seseorang pegawai tertinggi dalam kerajaan memerlukan layanan bertaraf orang kenamaan (VVIP) sedangkan beliau harus menyantuni pegawai kita dengan bijaksana, selain memahami tugasan mereka di lapangan, bukannya memalukan pegawai tersebut di depan khalayak ramai seperti didakwa pihak kesatuan kakitangan Imigresen.

“Dengan mengambil prinsip sebagai sebuah Keluarga Malaysia seperti dilaungkan Perdana Menteri, ia seolah-olah tidak dihayati dan diamalkan pegawai tertinggi kerajaan ini.

“Malah ia boleh menjejaskan imej pegawai perkhidmatan awam,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Adnan berkata, pegawai tertinggi kerajaan perlu mengingati kejadian membabitkan kepimpinan pentadbiran di sebuah negeri yang mengambil tindakan kurang wajar dengan memberikan penyapu kepada penjawat awam pada satu majlis.

“Akhirnya ia menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan anggota masyarakat di negara ini.

“Kita tidak mahu pegawai yang tidak dapat menghayati falsafah dan mengamalkan semangat Keluarga Malaysia berada dalam perkhidmatan awam,” jelasnya.

Justeru, beliau berkata, CUEPACS amat berharap agar Perdana Menteri atau Ketua Setiausaha Negara dapat mengambil tindakan segera demi menjaga kebajikan kakitangan awam dan mengekalkan keharmonian dalam kalangan penjawat awam.

Menurutnya, pegawai tertinggi kerajaan juga diharap dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara secara berkesan tanpa mengira kedudukan serta latar belakang mereka.

“Berlandaskan prinsip Keluarga Malaysia, perkhidmatan awam mesti bergerak berdasarkan nilai disemai dalam semangat Keluarga Malaysia seperti disarankan Perdana Menteri,” katanya.

Terdahulu, dalam satu insiden dilaporkan pada jam 8.40 pagi hingga 9.40 pagi semalam, seorang pegawai yang bertugas sebagai Ketua Operasi Imigresen di KLIA, didakwa dimarahi Mohd Shafiq di khalayak ramai kerana tiada pegawai Imigresen ditempatkan di kaunter bilik VIP sewaktu ketibaan beliau di situ.

Isu terbabit menerima respon pelbagai pihak, termasuk Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang memaklumkan, Imigresen sudah diarah menyiasat dakwaan berkenaan.

Beliau juga sudah memanggil Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud dan memintanya menjalankan siasatan berhubung perkara itu supaya mendapat maklumat lebih jelas berhubung kejadian.

Namun, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyifatkan tuduhan terhadap Mohd Shafiq itu tidak berasas dan berniat jahat untuk menjatuhkan imej beliau sebagai pegawai tinggi kerajaan.

Menerusi kenyataan, JPA memaklumkan, terdahulu Mohd Shafiq menegur pihak Imigresen di KLIA mengenai ketidakpatuhan amalan dan prosedur apabila pegawai agensi itu tidak menyemak dokumen perjalanan serta pasport beliau dan delegasi ke luar negara. - Getaran, 4 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Pegawai Imigresen Ditengking: Laporan Akhir Sudah Dikemuka, Tunggu Tindakan Susulan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad