web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


68 Peratus Jangkitan Baharu HIV Berpunca Daripada Hubungan Homoseksual, Biseksual

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2022 1:27PM

Bilangan kes baharu HIV yang dilaporkan antara 2015 sehingga 2021 di Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah 3,030 kes. - Gambar hiasan Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Transmisi seksual menjadi faktor risiko utama bagi jangkitan HIV di negara ini bagi tempoh 2015 hingga 2021, apabila 68 peratus jangkitan baharu yang dilaporkan adalah menerusi hubungan homoseksual (sejenis) atau biseksual.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, sebanyak 26 peratus jangkitan baharu pula adalah menerusi hubungan heteroseksual (normal).

“Tren kes baharu HIV adalah mendatar untuk semua kategori faktor risiko,” katanya sebagai menjawab pertanyaan Datin Paduka Dr Tan Kee Yew (PKR-Wangsa Maju) berhubung bilangan kes HIV di ibu negara dalam tempoh lima tahun terkini.

Menurut pihak KKM, bilangan kes baharu HIV dilaporkan antara tahun 2015 ke 2021 di Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah 3,030 kes.

Secara amnya, tambah jawapan tersebut, kes baharu HIV menunjukkan trend mendatar dengan bilangan kes dilaporkan pada tahun 2015 adalah sebanyak 448 orang atau 27.8 kes bagi setiap 100,000 penduduk.

Sementara itu bagi tahun 2019, jelasnya, sebanyak 448 kes HIV baharu dilaporkan atau 22.5 kes bagi setiap 100,000 penduduk.

Bagi tahun 2020 hingga 2021, jawapan itu memaklumkan, kes baharu HIV dilaporkan di Kuala Lumpur dan Putrajaya menunjukkan trend penurunan signifikan.

“Namun, penurunan ini mungkin kesan dari kawalan pergerakan akibat pandemik COVID-19 yang melanda seluruh negara, menyebabkan aktiviti saringan HIV tersekat.

“Oleh itu, trend sebenar kes baharu HIV boleh dilihat selepas tahun 2022, sejajar dengan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) COVID-19,” katanya.

Sepanjang tempoh bagi tahun 2015 ke 2021, ujarnya, sejumlah 91 peratus kes baharu HIV adalah daripada kategori umur 20 ke 49 tahun, iaitu 45 peratus membabitkan kategori umur 20 hingga 29, 33 peratus (30 hingga 39 tahun) dan 13 peratus (40 hingga 49 tahun).

Dalam pada itu, jelasnya, tiga peratus kes baharu berlaku dalam kalangan individu berumur kurang dari 20 tahun dan enam peratus kes baharu berumur 50 tahun ke atas.

Secara am, katanya, tren kes baharu HIV mengikut kategori umur adalah mendatar.

“KKM sudah mengambil langkah kawalan dan pencegahan bagi mencapai matlamat ke arah sifar HIV dan mengakhiri AIDS seperti digariskan melalui beberapa siri Pelan Strategik Kebangsaan Bagi Mengakhiri HIV/AIDS 2016-2030.

“(Pelan) Ini menggariskan fokus utama merangkumi uji dan rawat, pengukuhan pengurangan mudarat, pencegahan jangkitan ibu ke anak serta eliminasi stigma dan diskriminasi," katanya lagi. - Getaran, 4 Ogos 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 14 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar