web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PKPD: Penduduk Di 3 Lokaliti Di Tawau Mulai Bimbang

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2021 2:42PM

Pelaksanaan PKPD membimbangkan penduduk terutama peniaga kerana pergerakan pasti akan terbatas.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Sejak pengumuman Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di tiga lokaliti sekitar daerah ini, kebimbangan dan kekeliruan mula timbul di kalangan penduduk setempat.

Ismail Sabri dalam sidang media harian memberitahu, kawasan yang terlibat termasuk Kampung Ranggu Batu 10, Mukim Balung; Fasa 2 Taman Semarak dan Kampung Baru Pasir Putih, Mukim Sri Tanjung berkuatkuasa sehingga 14 April depan.

Bagi mengatasi masalah tersebut, Pusat Operasi Kawalan Bencana (PKOB) Daerah Tawau bertindak segera meninjau lokasi berkaitan termasuk mula mengagihkan 800 bakul makanan kepada penduduk terjejas.

Tinjauan Getaran di Lorong Rancangan Mahmud, Kampung Ranggu, di sini mendapati, dianggarkan 150 rumah bakal dikenakan PKPD selepas terdapat kluster COVID-19 di kawasan berkenaan.

Lebih 60 petugas terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan termasuk Majlis Perbandaran Tawau dan Agensi Pertahanan Awam (APM) mula mengagihkan bantuan bekalan makanan sebelum kawasan berkenaan ditutup.

Menurut sumber, kira-kira 800 bakul makanan akan diagihkan secara berperingkat di tiga lokaliti PKPD termasuk Kampung Pasir Putih dan Taman Semarak Fasa 2.

Sementara itu, seorang pengusaha kedai runcit di Kampung Ranggu, Faizah Amir, 34, berkata, pelaksanaan PKPD sudah tentu  membimbangkan penduduk termasuk golongan peniaga sepertinya.

"Pertama, jika PKPD dilaksanakan, sudah tentu pergerakan keluar masuk akan terbatas menyebabkan penduduk mungkin terpaksa mendapatkan bekalan keperluan harian di kedai runcit.

"Dalam hal ini, saya juga tidak sempat membeli bekalan barang runcit bagi memenuhi keperluan penduduk," katanya kepada Getaran.

Tambahnya, sebaik saja pengumuman PKPD dibuat, penduduk mula berpusu-pusu keluar mendapatkan barangan keperluan harian sebagai persiapan sebagai langkah berjaga-jaga.

Pengusaha gerai makanan, Rosmah Abd Hamid, 33, pula bertindak menutup aktiviti makan di dalam premis miliknya serta-merta sebaik mendengar pengumuman berkenaan.

"Walaupun masih belum menerima arahan khusus dari pihak kerajaan, kami bertindak menutup premis untuk 'dine in' sebagai langkah berjaga-jaga berikutan perkembangan terkini di kampung kami.

"Kami hanya membuka pesanan untuk bungkus seperti yang pernah dilakukan sebelum ini bagi mengurangkan risiko penyebaran COVID-19," katanya.

Tambah Rosmah, seorang daripada pekerjanya juga terpaksa bercuti selepas kediamannya berada dalam kawasan PKPD. - Getaran, 3 April 2021

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad