Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tuntutan Veteran: Kementerian Jalankan Tindakan Susulan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2022 12:55PM

Hishammuddin Hussein - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan telah menjalankan pelbagai tindakan susulan terhadap tuntutan yang dibuat oleh veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum ini, termasuk menubuhkan Panel Penasihat Pengiktirafan Veteran ATM.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, panel penasihat berkenaan ditubuh bagi mempertimbang permohonan bekas tentera yang diberhentikan kerana salah laku dan tidak diiktiraf sebagai veteran, untuk didaftarkan sebagai veteran ATM.

Menurut beliau, sebaik permohonan bekas tentera untuk didaftarkan sebagai veteran ATM itu diluluskan, mereka layak menikmati pelbagai faedah serta manfaat seperti veteran ATM yang lain. 

“Majlis Angkatan Tentera (MAT) pada 6 Julai 2022 telah bersetuju supaya pembayaran pencen terbitan kepada balu atau duda yang dikahwini veteran ATM selepas tamat perkhidmatan dilanjutkan sehingga umur veteran terbabit mencapai 80 tahun, berkuatkuasa 1 Januari tahun ini,” katanya.

Hishammuddin menyatakan demikian ketika menjawab pertanyaan Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Setiawangsa) berhubung tindakan susulan kementerian mengenai tuntutan yang dibuat veteran ATM.

Sebelum ini tambahnya, balu atau duda yang dikahwini oleh veteran ATM selepas tamat perkhidmatan atau bersara hanya layak menerima pencen terbitan selama 20 tahun sahaja selepas veteran tersebut meninggal dunia. 

"Kerajaan menghargai pengorbanan perajurit yang berjuang untuk keamanan tanah air kita dan akan sentiasa berusaha melalui pelbagai inisiatif untuk memastikan kebajikan Veteran ATM sentiasa diberi perhatian," katanya.

Mengenai pemberian pencen kepada veteran ATM tidak berpencen, Hishammuddin menambah, kementerian berpendapat peraturan sedia ada wajar dikekalkan selaras dengan kepentingan perkhidmatan, bagi memastikan kesiapsiagaan ATM sentiasa terpelihara.

Jelasnya, Peraturan-Peraturan Angkatan Tetap 1982 menetapkan mana-mana tentera perlu memiliki perkhidmatan diakui sekurang-kurangnya 21 tahun bagi melayakkan mereka menerima pencen perkhidmatan.

Berhubung penyelarasan jurang pencen tambah Hishammuddin, perbincangan di antara kementerian, ATM dan agensi kerajaan berkaitan seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan (MoF) masih diteruskan.

Katanya, perbincangan tersebut adalah bagi mencari penyelesaian terbaik kepada cadangan penyelarasan pencen melibatkan veteran ATM yang bersara sebelum 1 Oktober 2004 dan tidak menerima pelarasan pencen mengikut jadual gaji SSM 2004. 

"Semasa sesi libat urus bersama pihak JPA, kementerian ini telah dimaklumkan bahawa cadangan penyelarasan pencen ini perlu melalui beberapa proses termasuklah meminda akta dan peraturan pencen yang sedang berkuatkuasa sebelum ianya boleh diluluskan," katanya.

Beliau berkata, hasil kajian dan semakan yang dijalankan oleh kementerian mendapati penyelarasan terbabit akan melibatkan implikasi kewangan yang besar. 

Namun begitu katanya, kementerian tetap berusaha untuk mengenal pasti opsyen terbaik dalam menangani permasalahan berkenaan memandangkan skim perkhidmatan ATM adalah berbeza dengan skim perkhidmatan awam yang lain.

"Pada 20 Julai lalu, satu pertemuan telah diadakan antara Menteri Kanan Pertahanan dengan beberapa veteran ATM yang begitu besar jasa dan pengalaman berserta Presiden Persatuan Veteran ATM. 

"Semasa pertemuan ini, Presiden Persatuan Veteran ATM turut menerangkan mengenai penyelarasan pencen termasuk implikasi kewangan dan jumlah veteran ATM yang terlibat,” katanya.

Kementerian Pertahanan jelas Hishammuddin lagi, mengambil maklum perkara ini dan akan berusaha sebaik mungkin bagi memastikan semua Veteran ATM mendapat pengiktirafan sewajarnya dan aspek kebajikan sentiasa terpelihara.

Berhubung pemberian elaun kenangan kepada penerima Pingat Jasa Malaysia (PJM), beliau memberitahu, kementerian melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) telah membuat beberapa siri pembayaran secara 'one-off' kepada semua penerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) atau waris yang layak pada 2020 dan 2021.

"Secara kesimpulannya, Kementerian Pertahanan sedang memperhalusi tuntutan-tuntutan lain yang dikemukakan serta mencari jalan penyelesaian yang terbaik terhadap setiap tuntutan tersebut.

"Namun, apa jua bentuk bantuan yang akan diberikan kepada veteran ATM selepas ini, ia banyak bergantung kepada kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan, dengan mengambil kira situasi ekonomi semasa dalam fasa peralihan ke endemik COVID-19. Kementerian berharap agar perkara ini dapat dipertimbangkan apabila keadaan ekonomi negara kembali pulih," katanya. - Getaran, 3 Ogos 2022

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

oleh Diyana Nawwar

Semasa 22 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Parah Nahas Jalan Kuala Krai - Gua Musang

Semasa 1 hari yang lalu

Nenek Meninggal Dunia Ditimpa Pokok Kekabu

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 15 jam yang lalu

Mayat Tanpa Identiti Ditemukan Terapung Di Sungai Linggi