web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pembaziran Makanan, Lapangan Terbang Baharu Pulau Tioman, Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2022 10:34AM

Isu pembaziran makanan dan Lapangan Terbang Pulau Tioman adalah antara topik yang bakal menghangatkan Dewan Rakyat hari ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keperluan mewujudkan akta bagi menangani isu pembaziran makanan yang berleluasa di dalam negara antara topik yang dijangka menjadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, persoalan itu diajukan Che Alias Hamid (PAS-Kemaman) kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang ingin tahu sama ada kementerian itu berhasrat mewujudkan akta berkenaan, semasa sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan.

Anthony Loke (PH-Seremban) pula meminta Menteri Pengangkutan menyatakan sama ada Lapangan Terbang Pulau Tioman baharu yang dicadangkan oleh sebuah syarikat swasta telah mendapat kelulusan dasar daripada kerajaan dan apakah projek tersebut berdaya saing serta memenuhi kriteria kelestarian alam sekitar.

Selain itu, Datuk Seri Rohani Abdul Karim (GPS-Batang Lupar) meminta Menteri Perpaduan Negara menyatakan bagaimanakah semangat bipartisan dapat dipupuk dan diamalkan dalam kalangan pemimpin negara berbilang fahaman.

Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (Pejuang-Sri Gading) pula dijangka meminta Menteri Sumber Manusia menyatakan apakah solusi kementerian berkenaan dalam mengurangkan kadar pengangguran negara seperti paras prapandemik COVID-19 pada kadar 3.5 peratus.

Selesai sesi tersebut, persidangan Dewan Rakyat diteruskan dengan menyambung semula sesi perbahasan Rang Undang-undang Kastam (Pindaan) 2022.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini yang bermula pada 18 Julai lepas berlangsung selama 12 hari hingga Khamis (4 Ogos) ini. - Bernama
 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 7 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad