web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Abdul Khalid Sentiasa Diingati Sebagai Pemimpin Tegas, Berintegriti - Amirudin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2022 2:17PM

Amirudin Shari - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Mantan Menteri Besar Selangor, Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selamannya diingati sebagai pemimpin yang tegas dalam pentadbiran.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau juga merupakan pemimpin yang amat mengutamakan masa dan sentiasa mengutamakan integriti dalam melaksanakan sebarang proses.

Sebagai menghormati pemergian pemimpin berkenaan jelas beliau, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ditangguhkan sehingga upacara pengebumian selesai disempurnakan di Makam Diraja Shah Alam di sini hari ini.

"Kerajaan negeri ingin mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga dan rakan-rakan agar bersabar serta bertenang dalam menerima musibah. Semoga roh beliau dicucuri rahmat.

"Atas perkenan Duli Tuanku (Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah),  jenazah Allahyarham akan ditempatkan di Makam Diraja. Saya mengucapkan takziah dan terima kasih atas sumbangan yang diberikan Allahyarham terhadap negara,” katanya ketika ditemui media di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, di sini, hari ini.

Amirudin Shari mengaminkan doa - Gambar oleh Sairien Nafis
Amirudin Shari mengaminkan doa - Gambar oleh Sairien Nafis

Sementara itu, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok ketika ditemui Getaran berkata, beliau sangat berduka dengan pemergian pemimpin itu dan ia pasti turut dirasai rakyat jelata, khususnya penduduk Selangor.

Menurut beliau, ketokohan Allahyarham ketika bergelar Menteri Besar berjaya menstabilkan kerajaan blok pembangkang yang ketika itu bernaung di bawah panji Pakatan Rakyat (PR) dan menjadikan Selangor terkenal di Asia Tenggara.

Teresa Kok hadir memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Abdul Khalid Ibrahim - Gambar oleh Sairien Nafis
Teresa Kok hadir memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Abdul Khalid Ibrahim - Gambar oleh Sairien Nafis

"Saya masih ingat macamana beliau menggunakan kepakarannya menguruskan akaun dan korporat dalam pentadbiran kerajaan Selangor. Ketika itu beliau berjaya menstabilkan semula anak-anak syarikat yang berada dalam kerugian sangat dahsyat.

"Abdul Khalid membuat audit semua anak syarikat dan akan berjumpa dengan pengarah syarikat dan modal. Pentadbirannya masih dijalankan sehingga kini dan beliau memainkan peranan sangat penting kepada kerajaan Selangor," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke Makam Diraja Shah Alam bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Baginda tiba di perkarangan makam itu kira-kira jam 1.50 petang tadi. – Getaran, 1 Ogos 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 12 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad