Berita Terkini

18 minit yang lalu: Mangsa banjir di PPS gotong-rotong masak juadah berbuka puasa 19 minit yang lalu: Anwar pelawa komuniti perniagaan Arab Saudi melabur di Malaysia 19 minit yang lalu: Terbuka Switzerland: Zii Jia terus cemerlang mara ke suku akhir 20 minit yang lalu: Mangsa banjir di Batu Pahat 419 orang pagi ini 20 minit yang lalu: Gol Muhammad Akhyar bantu Harimau Malaya atasi Turkmenistan 1-0

IKUTI KAMI


5 Badan Industri Vape Minta Perinci RUU Elak Penggiat Gulung Tikar

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2022 4:33PM

Menurut presiden MRECA, Dasar GEG ke atas produk vape akan menyebabkan industri diharamkan pada masa depan - Gambar Hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Badan industri rokok elektronik, vape di negara ini, meminta kerajaan memperincikan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Tembakau dan Merokok serta mengkaji semula Generasi Penamat (GEG), memandangkan kedua-dua dasar itu memberi kesan amat besar kepada pihak berkenaan.

Kumpulan mewakili 3,000 usahawan dan perniagaan, 15,000 pekerja industri serta sejuta pengguna vape itu terdiri daripada Malaysia Retail Electronic Cigarette Association (MRECA), Malaysian Vape Industry Advocacy (MVIA), Dewan Perniagaan Vape Malaysia (DPVM), Malaysian Vapers Alliance (MVA) dan Malaysian Organization of Vape Entity (MOVE).

Presiden MRECA, Datuk Adzwan Ab Manas berkata, menerusi RUU tersebut, dasar GEG ke atas produk vape akan menyebabkan industri diharamkan pada masa depan.

“Ini bermakna industri tempatan akan terpaksa gulung tikar pada masa depan dan memberi kesan kepada banyak syarikat serta usahawan tempatan.

“Malah, industri juga tidak boleh menggaji sesiapa yang dilahirkan selepas 2007 kerana RUU tersebut melarang individu dilahirkan selepas 2007 untuk memiliki atau memegang produk dalam melaksanakan tugas pekerjaan.

“Ini memang akan membebankan industri mencari pekerja pada masa depan,” katanya menerusi kenyataan bersama lima penggiat industri berkenaan.

Presiden MVA, Khairil Azizi Khairuddin pula berkata, RUU itu tidak patut menyamakan vape dan rokok dari segi tafsiran, memandangkan ‘merokok’, ‘peranti merokok’ serta ‘bahan merokok’ perlu diperbetulkan untuk hanya produk rokok tembakau sahaja.

Katanya, vape tidak patut diletakkan bersama dalam tafsiran itu di bawah RUU berkenaan kerana ia memberikan mesej salah kepada pengguna.

Beliau berkata, vape bukan rokok dan penggunaan vape tidak bermaksud merokok.

“Kementerian Kesihatan (KKM) tidak boleh mengabaikan fakta ini,” ujarnya.

Presiden MVIA, Rizani Zakaria pula berkata, sekiranya RUU itu diluluskan, 800-1,000 individu akan kehilangan pekerjaan serta merta kerana undang-undang untuk vape terbabit terlampau ketat.

“Ramai pekerja di dalam industri, termasuk pengulas produk, eksekutif kandungan kreatif, pereka grafik, eksekutif pemasaran, editor kreatif dan editor video akan hilang pekerjaan kerana RUU itu mempunyai larangan aktiviti pemasaran yang sangat ekstrem,” jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden MOVE, Samsul Kamal Ariffin Mohd Basir mencadangkan kajian menyeluruh mengenai RUU dan pelaksanaan GEG ke atas produk alternatif, seperti vape serta produk pemanasan tembakau dan kesannya ke atas industri perlu dibuat terlebih dahulu.

“Hasil kajian ini perlu dibentangkan kepada semua pihak terlibat sebelum keputusan dibuat,” katanya. - 30 Julai 2022

Sorotan

1

Jangan Salahkan Media, Isu Perkauman Ini Ahli Politik Yang Mulakan!

2

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

3

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Lori ‘Kantoi’ Cuba Seludup 1,500 Liter Diesel Bersubsidi

oleh Sofian Baharom

Semasa 2 jam yang lalu

Skim Rumah Pertamaku Wajar Diteruskan, Harap Kerajaan Bantu Rakyat

oleh Sofian Baharom

Semasa 1 hari yang lalu

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

oleh Sofian Baharom

Semasa 12 jam yang lalu

Ahli Politik, Individu Tanpa Tauliah Dilarang Berceramah Di Pulau Pinang

oleh Aiman Sadiq