web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Perlu Sensitif, 'Pemurah' Kepada Hak Kebajikan Warga Asing - SUHAKAM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2022 11:50AM

SUHAKAM mahu kerajaan memberikan perhatian terhadap hak asasi PATI dan memastikan anak mereka mendapat peluang pendidikan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia harus sensitif terhadap pengurusan pendatang asing tanpa izin (PATI) dengan memberikan perhatian terhadap hak golongan itu untuk mendapat kehidupan sepatutnya di negara ini.

Bercakap kepada Getaran, Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Profesor Dr Rahmat Mohamad berkata, langkah tersebut harus dilihat sebagai satu daripada usaha proaktif kerajaan.

Dr Rahmat Mohamad - Gambar Bernama
Dr Rahmat Mohamad - Gambar Bernama

Menurutnya, antara fokus boleh dilakukan kerajaan adalah memastikan hak bagi kanak-kanak golongan PATI mendapat pendidikan.

Beliau menambah, golongan berkenaan juga dicadangkan untuk diambil menjadi tenaga kerja di negara ini lebih-lebih lagi ekoran isu kekurangan pekerja asing ketika ini.

“Malaysia harus menunjukkan ia sebuah negara ‘benevolent’ atau pemurah, iaitu bukan sahaja sensitif bagi isu berkaitan PATI, tetapi juga mengambil kira kebajikan keseluruhan pendatang haram ini,” katanya.

Rahmat menambah, langkah tersebut penting dalam usaha memastikan golongan PATI terutama kanak-kanak, sekurang-kurangnya mendapat pendidikan di sekolah agar mereka menjadi anggota masyarakat berguna kelak.

“Dari segi pekerjaan, memandangkan mereka mungkin lama di Malaysia, mungkin mereka diberikan hak untuk bekerja di negara ini kerana kita juga kekurangan pekerja asing.

“Jadi, ini antara inisiatif boleh diambil kerajaan Malaysia untuk menunjukkan bahawa kita prihatin dan kerajaan yang pemurah dari segi itu,” katanya. - Getaran, 30 Julai 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 11 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar