web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu Stadium Shah Alam Dibangkitkan, ADUN Selangor Mahu Lebih Perincian

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2022 8:04PM

ADUN Sungai Air Tawar, Rizam Ismail mahu kerajaan negeri membentangkan perincian melibatkan perancangan ke atas Stadium Shah Alam kepada rakyat Selangor. - Gambar oleh Mohd Hazli Hassan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini tidak ketinggalan membincangkan isu melibatkan perancangan ke atas Stadium Shah Alam.

Datuk Rizam Ismail (UMNO-Sungai Air Tawar) berkata, perincian daripada perancangan tersebut perlu dibentang serta dijelaskan kepada rakyat negeri itu.

"Kes yang paling klasik adalah kemelut Stadium Shah Alam (yang) sudah hampir sembilan tahun sehingga akhirnya baru-baru ini, Menteri Besar Selangor umum surat penyerahan tunjuk niat.

"Tetapi adakah ini benar-benar realiti atau pun sandiwara politik yang hanya ingin mengaburi mata rakyat terhadap kelemahan tadbir urus kerajaan negeri?" soalnya pada persidangan tersebut.

Suasana semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diadakan di Bangunan Dewan Negeri Selangor, hari ini. - Gambar Bernama
Suasana semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diadakan di Bangunan Dewan Negeri Selangor, hari ini. - Gambar Bernama

Rizam menambah, beliau berkata demikian susulan pengumuman kerajaan negeri baru-baru ini bahawa kos baik pulih Stadium Shah Alam akan menelan belanja RM787 juta, namun angka tersebut tidak datang dengan perincian teliti, apatah lagi penjelasan mengenai keperluan belanja yang begitu tinggi.

Beliau memberitahu, apa yang disebutkan hanya meliputi sistem infrastruktur berusia lebih 22 tahun.

Kerajaan di bawah pimpinan Menteri Besar Selangor tambahnya, menyerahkan kepada syarikat swasta untuk mencadangkan sama ada stadium tersebut patut dinaik taraf atau dirobohkan bagi membina stadium baharu.

Keputusan tersebut ujarnya, hanya akan diumum September nanti.

"Saya ingin bertanya Menteri Besar, jikalau pembinaan semula Stadium Shah Alam ini menggunakan alasan stadium lama, sudah reput dan infrastruktur sudah berpuluh tahun, maka pada setiap 30 tahun kerajaan negeri (perlu) merancang untuk membina stadium baharu.

"Kalau begitu perancangannya maka lingkuplah negeri Selangor di bawah Pakatan Harapan (PH). Sebab itu saya suka sebut kerajaan negeri ada masalah pengurusan sangat kritikal. Bangunan sedia ada pun tidak mampu dijaga apatah lagi kerajaan negeri hendak membina bangunan baharu. Lupakanlah," tambahnya.

Walau bagaimanapun, Lau Weng San (DAP-Banting) menegaskan, soal penyelenggaraan dan pembangunan sesuatu projek sebenarnya amat berkait rapat dengan asal usul atau permulaan projek itu sendiri.

Beliau menarik perhatian, asas, perancangan dan kebolehlaksanaan sesebuah projek memainkan peranan yang sangat penting.

"Saya difahamkan, ia dibina semasa zaman Barisan Nasional (BN), macam mana perancangannya? Adakah kajian kebolehlaksanaan dilakukan dengan betul-betul?

"Adakah kita ada memikirkan siapa akan menanggung kos penyelenggaraan, adakah pihak berkuasa tempatan (PBT) pada masa itu ada kemampuan untuk melakukannya atau tidak? Jika tidak, siapa?

"Saya rasa kita perlu tengok juga aspek itu dari segi perancangannya. Sekiranya ia bermula pada satu situasi yang tidak betul atau tidak diteliti dengan baik, maka akan ada kos dan kesannya," katanya lagi.

Dalam pada itu, Ronnie Liu (DAP-Sungai Pelek) memberitahu, beliau terperanjat dengan kos membaik pulih stadium terbabit yang dikatakan bernilai RM787 juta.

Beliau mendakwa, Jabatan Kerja Raya (JKR) sebelum ini  menganggarkan, kos baik pulih Stadium Shah Alam beberapa tahun lalu adalah kira-kira RM350 juta sahaja.

"Jadi saya rasa badan yang berhak atau seharusnya dipertanggungjawab untuk membuat satu anggaran kos baik pulih adalah JKR, sebab semua harta benda dan bangunan kerajaan termasuk negeri dan pusat seharusnya diberi tanggungjawab kepada jabatan itu," katanya.

Tambahnya, beliau memahami bahawa kerajaan tidak mengeluarkan wang tunai untuk projek berkenaan tetapi akan digantikan dengan tanah.

"Gantikan tanah itu pun kalau kos berpatutan, jadi gantikan dengan tanah pun berpatutan. Kalau kos baik pulih itu 'mark up' terlalu banyak, kerajaan negeri akan rugi juga," katanya. - Getaran, 28 Julai 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad