web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bila Anak Kariah Berebut Akhirnya Pejabat Agama Terpaksa Campur Tangan - Exco

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2022 3:14PM

Mohd Zawawi Ahmad Mughni - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Terdapat konflik dalam kalangan anak kariah segelintir masjid di Selangor yang berpunca daripada dana dimiliki, kata Exco Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal negeri, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni.

Beliau berkata, antara masjid terlibat dengan konflik tersebut sedang dipertimbangkan untuk dijadikan sebagai masjid pengurusan.

"Masjid ini bila tidak ada duit, orang tak nak. Bila duit banyak itu yang berebut, jadi bila berebut dan bertelingkah akhirnya pejabat agama Islam terpaksa campur tangan untuk mendamaikan dan meredakan keadaan.

"Ini kerana timbul fitnah atau cerita tidak sedap yang tidak sepatutnya," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

Mohd Zawawi menyatakan demikian ketika menjawab soalan Syamsul Firdaus Mohamed Supri (PKR-Taman Medan) berhubung dakwaan menyatakan bahawa masjid yang dijadikan masjid pengurusan memiliki dana terbesar.

Mengulas lanjut beliau berkata, bukan semua konflik dalam kalangan anak kariah berpunca daripada sebab terbabit dan menegaskan, ia berlaku mengikut kes (case by case).

"Maknanya kita akan terima, teliti dan siasat semua aduan untuk diambil keputusan sama ada masjid ini akan dijadikan masjid pengurusan atau pun ditadbir oleh anak kariah," katanya.

Terdahulu, Mohd. Zawawi menjelaskan, terdapat 41 buah masjid yang menerima status masjid pengurusan.

Ia termasuk masjid di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) termasuk Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, sembilan masjid daerah, lima masjid diraja dan 26 masjid naik taraf.

Beliau memberitahu, tiada kriteria khusus bagi sebuah masjid untuk dijadikan masjid pengurusan.

Jelasnya, penetapan suatu masjid sebagai masjid pengurusan merupakan hak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang diperuntukkan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003, bertujuan menaik taraf pengurusan masjid di negeri tersebut.

“Pelaksanaannya juga tertakluk dengan pewujudan atau penambahan waran perjawatan tetap atau kontrak dari MAIS atau kerajaan negeri Selangor.

“Sebarang keputusan dalam menetapkan sesuatu masjid sebagai masjid pengurusan adalah di bawah bidang kuasa jawatankuasa tadbir urus masjid dan surau Selangor,” katanya. - Getaran, 28 Julai 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam