web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MP Baling Kecam PH Gagal Halang Tun M Benarkan Langkah Sheraton

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2022 2:21PM

Abdul Azeez Abdul Rahim menggelar Dr. Mahathir Mohamad dianggap bapa pembelotan dan menyalahkan bekas Perdana Menteri itu kerana membenarkan Langkah Sheraton. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dilabel pengecut oleh Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling-BN) kerana gagal menghalang Tun Dr Mahathir Mohamad (Langkawi-PEJUANG) meruntuhkan kerajaan pimpinan PH ketika itu.

Semasa sesi perbahasan mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti hari ini, Ahli Parlimen UMNO itu juga menyalahkan mantan Perdana Menteri berkenaan mengenai krisis politik pada 2020 yang menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh-BERSATU) menerajui kerajaan.

Abdul Azeez Abdul Rahim - Gambar Bernama
Abdul Azeez Abdul Rahim - Gambar Bernama

Menurut Abdul Azeez, Dr Mahathir memilih untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri tanpa berbincang terlebih dahulu dengan Kabinetnya, selepas kononnya kehilangan sokongan majoriti yang membawa kepada pembelotan besar-besaran di kalangan pemimpin PH.

“Saya bingung. Selain Port Dickson (Datuk Seri Anwar Ibrahim), anda tidak pernah berani mengkritik Langkawi di dalam dewan ini atas kesalahannya mengkhianati rakyat.

“Semua ini berlaku kerana Langkawi sahaja. Mengapa anda semua tidak boleh berdiri dan bersuara?

“Langkawi adalah bapa pembelotan. Dia adalah Perdana Menteri UMNO, dan hanya kerana dia marah kepada individu tertentu, dia menyertai BERSATU sebagai pengerusi. Kemudian, dia berbohong dan mengkhianati rakannya dalam BERSATU, dan hari ini dia bersama PEJUANG,” katanya. - The Vibes, 28 Julai 2022

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad