web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangkitan COVID-19 Kekal Lepasi 4,000 Kes, 10 Kematian

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2022 1:54PM

Sebanyak 10 kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan 4 kes BID. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Angka jangkitan COVID-19 kekal melebihi paras 4,000 kes apabila 4,503 kes direkodkan semalam berbanding 4,759 kes kelmarin.

Berdasarkan data laman sesawang COVIDNOW, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan meningkat kepada 4,664,213 kes setakat ini.

Jumlah direkodkan itu membabitkan 4,497 kes tempatan dan enam kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Sebanyak 10 lagi korban COVID-19 direkodkan semalam dengan empat kes berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kematian tertinggi direkodkan di Perak dengan lima kes, diikuti tiga kes di Selangor manakala masing-masing satu kes di Pahang dan Pulau Pinang.

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 35,942 setakat ini dengan 7,635 daripadanya adalah kes BID.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 46,906 kes aktif COVID-19 dilaporkan di seluruh negara.

Daripada jumlah kes aktif itu, 96.6 peratus atau 45,318 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah, 24 kes dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), sementara 1,505 orang atau 3.2 peratus menerima rawatan di hospital.

Sebanyak 59 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 30 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Terdapat 3,847 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 4,581,365 kes. - Getaran, 28 Julai 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad