web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selangor, Negeri Sembilan Sedia Kerjasama Bangunkan Hab Industri Penerbangan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2022 1:34PM

Teng Chang Khim - Tangkap layar dari TV Selangor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ruang kerjasama antara Selangor dan Negeri Sembilan dalam membangunkan hab industri penerbangan dapat dijalankan di sempadan kedua-dua negeri pada masa hadapan.

Exco Industri dan Perdagangan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, perbincangan secara tidak formal bersama Exco kerajaan Negeri Sembilan telah dilakukan ke arah usaha berkenaan, namun tiada perbincangan secara serius setakat ini.

"Saya rasa ada ruang untuk kolaborasi (dengan Negeri Sembilan). Bagi saya, ada kekuatan di sebelah Negeri Sembilan, pertamanya sebab nilai tanah yang rendah jadi kos mendirikan kilang di negeri itu memang rendah.

"(Ditambah pula) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berada dekat dengan sempadan Negeri Sembilan, sebab itu ia ada kelebihan.

"Sebab ini keadaan di pasaran bila pelabur, mana-mana pembeli tanah sekali pun, apabila dengar tanah di Selangor, ia akan jadi mahal, tanah di Negeri Sembilan akan menjadi murah walaupun bersempadan dengan satu jalan pun, bezanya begitu ketara," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan tambahan Syamsul Firdaus Mohamed Supri (PKR-Taman Medan) sama ada perjanjian untuk memajukan sempadan kedua-dua negeri baru-baru ini mempunyai kaitan dengan industri aeroangkasa.

Bagaimanapun Chang Khim memberitahu, dari segi ketersambungan, ia dilihat agak jauh jika kawasan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih pesawat (MRO) didirikan di Negeri Sembilan.

Menurut beliau, hal ini berbeza dengan Taman Aero Antarabangsa Selangor (SAP) yang dicadangkan, iaitu kedudukannya bersebelahan dengan KLIA justeru, kedua-dua lokasi boleh dihubungkan menggunakan jambatan udara (air bridge).

Namun begitu, katanya, jika jambatan udara tersebut dibina untuk menghubungkan kawasan di Negeri Sembilan, ia mungkin melibatkan jarak tujuh hingga 10 kilometer sekaligus menelan kos perbelanjaan yang tinggi.

"Itu kelemahannya tetapi MRO tidak semestinya bererti kapal terbang mesti pergi ke situ, (sebaliknya) ia boleh tanggalkan enjin kemudian dibawa ke situ.

"Di situ saya nampak ada banyak ruang yang dapat kita berkolaborasi dengan Negeri Sembilan, dan saya percaya Negeri Sembilan memang hendak berkolaborasi dengan kita.

 “Ini kerana ada institusi pengajian tinggi (IPT) dengan kursus dalam kejuruteraan dan berkaitan aeroangkasa berada di Selangor," katanya. - Getaran, 28 Julai 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam