web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


RUU Lompat Parti ‘Isyarat’ Tarik Pelabur Asing Kembali Ke Malaysia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2022 8:45PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti, mampu menghantar isyarat dan mesej jelas kepada masyarakat antarabangsa bahawa Malaysia serius memulihkan negara.

Ahli Parlimen Pulai (AMANAH), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, ini kerana pelabur asing hilang kepercayaan terhadap kewibawaan Malaysia disebabkan ketidakstabilan politik akibat ketamakan daripada sebahagian pemimpin negara.

Menurut beliau, Kementerian Antarabangsa dan Industri (MITI) boleh membuktikan perkara itu dengan fakta konstruktif bahawa lebih banyak syarikat multinasional memindah operasi perniagaannya ke Vietnam dan Indonesia.

“Saya baru lepas minum dengan sahabat diplomat Indonesia, kata mereka dalam satu penggal memerintah, Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) masuk ke pejabatnya dan secara fakta memasukkan hampir 500 orang terdiri daripada mantan menteri, gabenor dan pegawai tertinggi tentera ke penjara.

“Maka, itu isyarat jelas dan hari ini pelabur multinasional beralih ke Jakarta. Ini tidak boleh dipandang ringan kerana Malaysia ketika ini adalah syurga warga asing dalam mencari kerja, tidak mustahil anak cucu kita pula mencari rezeki di tanah besar Indonesia,” katanya.

Salahuddin Ayub - Gambar fail
Salahuddin Ayub - Gambar fail

Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan RUU Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Salahuddin menegaskan, RUU tersebut yang turut dikenali Akta Anti Lompat parti menjadi kepentingan buat negara dan kemenangan kepada rakyat.

Menerusi pindaan tersebut, beliau mengharapkan agar rakyat kembali mengundi pemimpin pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, selepas mengambil pengajaran daripada suasana politik ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan PRN Melaka.

“Walaupun COVID-19 antara faktor terlalu rendah peratusan keluar mengundi, saya percaya rakyat sudah muak dengan perilaku orang politik.  Justeru, kita menjalani proses terbaik sebagai pembuat dasar walaupun banyak lagi kelompangan.

“Namun, ini ‘game changer’ yang akan menyaksikan kita mampu menghapuskan adegan sangat memualkan. Insyaallah, saya rasa apa pun berlaku selepas PRU akan datang, kita mampu membina kerajaan lebih baik.

“Saya meramalkan tiada parti mendapat majoriti dua pertiga, amat sukar namun atas undang-undang yang ada, kita boleh bertanggungjawab membentuk kerajaan stabil dan mampu menyaksikan wakil rakyat dipilih benar-benar bertanggungjawab membina masa depan negara yang lebih baik,” katanya. - Getaran, 27 Julai 2022.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

5

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

6

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 4 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam