Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kerajaan Diberi Masa Sehingga September ‘Baiki’ Tasik Chini Demi Pertahan Status UNESCO

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2022 4:13PM

Tasik Chini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan sentiasa mengambil berat dan menekankan kepentingan pemeliharaan Tasik Chini, malah komited mempertahankan status kawasan itu sebagai rizab biosfera diterima daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kementeriannya sebagai ‘national focal point’ (pusat tumpuan nasional) bagi program Man and the Biosphere (MAB), UNESCO, sudah mengemukakan laporan periodic review (semakan berkala) Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini kepada Sekretariat MAB pada tahun 2021.

Katanya, ketika ini kerajaan Pahang diberikan tempoh sehingga 30 September depan untuk membuat penambahbaikan ke atas laporan semakan berkala Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini, selepas penilaian laporan dibuat International Advisory Committee for Biosphere Reserves (IACBR).

“Susulan itu, kerajaan Pahang sudah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mengukuhkan pengurusan Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini selaras dengan cadangan IACBR.

“(Ia) termasuk mengemas kini pengezonan bagi mengekalkan tiga fungsi Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini, mewartakan Hutan Simpanan Kekal Chini, melaksanakan aktiviti penguatkuasaan bersepadu, menghentikan aktiviti melombong serta menubuhkan Perbadanan Taman Negeri Pahang dan Majlis Biodiversiti Pahang untuk mengukuhkan tadbir urus tapak berkenaan,” katanya menerusi kenyataan.

Takiyuddin memaklumkan, kenyataan itu dikeluarkan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) susulan artikel disiarkan Malaysiakini pada 24 Julai lalu yang bertajuk ‘Tasik Chini Tak Lagi Penuhi Kriteria Rizab Biosfera Unesco’.

Beliau berkata, kementerian itu sentiasa menyokong komitmen dan usaha kerajaan Pahang dalam memelihara Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini.

“Bagi tujuan ini, KeTSA menyediakan peruntukan sebanyak lebih RM1.5 juta sejak tahun 2016 bagi melaksanakan pelbagai kajian di Tasik Chini, termasuk kajian kualiti air.

“KeTSA melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) sedang melaksanakan program pemulihan dan penghutanan semula sekitar Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini pada tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM800,000,” katanya.

Menurut Takiyuddin, Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini adalah tapak ditubuhkan sesebuah negara bagi mempromosikan pembangunan mampan dan diiktiraf di bawah program MAB.

Jelasnya, penyertaan Malaysia dalam program MAB bermula pada 26 Mei 2009 melalui pengiktirafan Tasik Chini, Pahang sebagai Tapak Rizab Biosfera pertama di negara ini, diikuti Banjaran Crocker, Sabah pada 12 Jun 2014 dan Bukit Bendera, Pulau Pinang pada 15 September 2021.

Kerajaan Pahang, katanya, sudah menyediakan laporan semakan berkala sebagaimana obligasi ditetapkan pihak UNESCO.

Terdahulu, media berkenaan melaporkan bahawa rizab biosfera Tasik Chini daripada UNESCO kini dalam penelitian dan penemuan awalnya merumuskan ia tidak menggalakkan.

Berdasarkan tinjauan berkata pertama UNESCO mengenai Tasik Chini, ia tidak lagi memenuhi kriteria untuk menjadi sebahagian daripada Rangkaian Rizab Biosfera Dunia pihak berkenaan.

Laporan itu memaklumkan, kawasan hutan baharu dibersihkan dengan penukaran tanah intensif berlaku, selain pembukaan semua lombong lama di lokasi sekitarnya dikesan.

Setahun selepas rizab biosfera ditetapkan, beberapa bekas tapak perlombongan terletak di titik kecerunan tinggi (Bukit Ketaya dan Bukit Chini), didakwa dibuka semula serta berkembang mengakibatkan kesan buruk alam sekitar, seperti pemendapan, kemerosotan kualiti air dan kemerosotan tebing sungai.

Malah, satu lagi punca utama kerosakan alam sekitar dikatakan berpunca daripada penukaran guna tanah daripada ladang getah dan kawasan hutan kepada ladang kelapa sawit dengan sebahagian pengembangan itu berlaku dalam kawasan teras utama. – Getaran, 26 Julai 2022

Sorotan

1

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

3

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Anak Dakwa Dirogol Sejak Usia 12 Tahun, Ibu Bapa Ditahan Bantu Siasatan

Semasa 21 jam yang lalu

Kabinet Belum Bincang Kenaikan Harga Petrol Dan Diesel, Laporan Media Asing Tidak Betul – Fahmi

Semasa 23 jam yang lalu

Pemohon Rayuan Haji Sudah Mula Terima Jawapan

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad