web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Fasiliti Kesihatan Perlu Peka, Tingkat Pengesanan Kes Cacar Monyet Pesakit Berisiko

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2022 2:43PM

Sembilan kes disyaki cacar monyet dinotifikasi kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dan semuanya disahkan negatif - Gambar Hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua fasiliti kesihatan dinasihatkan agar peka dengan situasi semasa jangkitan cacar monyet dan meningkatkan pengesanan kes dalam kalangan pesakit berisiko.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, ia susulan pengisytiharan jangkitan tersebut sebagai Kejadian Kecemasan Kesihatan Awam Yang Menjadi Kebimbangan Antarabangsa (PHEIC) oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Katanya, sembilan kes disyaki cacar monyet dinotifikasi kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dan semuanya disahkan negatif.

“Virus cacar monyet boleh disebarkan melalui sentuhan langsung dengan ruam atau lesi yang terjadi pada kulit, sama ada lesi yang baharu atau sudah menjadi kuping (scab), ataupun cairan daripada lesi tersebut.

“Transmisi virus juga boleh berlaku melalui sentuhan langsung dengan haiwan yang dijangkiti, sama ada dengan cara digigit atau dicakar oleh haiwan terbabit, atau dengan cara memakan ataupun menggunakan hasil produk haiwan berkenaan,” katanya hari ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin - Gambar Fail
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin - Gambar Fail

Jelas beliau lagi, sentuhan dengan peralatan yang tercemar dengan lesi kulit ataupun cairannya juga boleh menyebabkan jangkitan tersebut.

“Cacar monyet boleh menularkan jangkitan kepada individu lain dalam tempoh sehari sebelum terjadinya lesi pada kulit sehingga 21 hari daripada bermulanya gejala atau sehingga lesi pada kulit menjadi kuping dan pesakit tidak lagi bergejala.

“Kes jangkitan monkeypox boleh pulih tanpa sebarang rawatan. Rawatan yang diberikan adalah bagi merawat gejala yang dialami oleh pesakit,” katanya.

Menurut Khairy, KKM telah mempertingkatkan survelan dan advokasi mengenai cacar monyet sejak kes dilaporkan di negara bukan endemik penyakit itu pada awal Mei lalu.

Katanya, antara tindakan dilakukan adalah mempertingkat kapasiti makmal ujian pengesanan virus tersebut kepada 12 makmal berbanding dua makmal sebelum ini.

“Selain itu, survelan di pintu masuk antarabangsa negara (PMA) turut dipertingkat dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), syarikat penerbangan dan agensi berkaitan termasuk pihak Malaysian Airlines Holding Berhad (MAHB).

“KKM turut berkerjasama dengan kementerian dan agensi lain seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Luar Negeri, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pelancongan (MOTAC), Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pengajian Tinggi dan badan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

Survelan di pintu masuk antarabangsa negara (PMA) turut dipertingkat dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), syarikat penerbangan dan agensi berkaitan termasuk pihak Malaysian Airlines Holding Berhad (MAHB) - Gambar Hiasan
Survelan di pintu masuk antarabangsa negara (PMA) turut dipertingkat dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), syarikat penerbangan dan agensi berkaitan termasuk pihak Malaysian Airlines Holding Berhad (MAHB) - Gambar Hiasan

Khairy turut memaklumkan, aplikasi MySejahtera telah mengeluarkan Health Alert Monkeypox kepada seramai 531,630 pengembara yang direkodkan tiba dari negara sejak 1 Mei sehingga 23 Julai lalu.

“KKM menyeru individu yang mempunyai gejala monkeypox agar segera ke fasiliti kesihatan untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

“Elakkan dari kontak dengan orang lain bagi mengelakkan penularan jangkitan,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menasihatkan pengendali premis yang menyediakan perkhidmatan melibatkan kontak kulit dengan pelanggan seperti spa, urutan dan lain-lain aktiviti berisiko agar sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran.

Katanya, mereka juga perlu memastikan pelanggan sihat, tidak mengalami gejala monkeypox dan tiada ruam makulapapular.

“Sekiranya terdapat pelanggan yang mempunyai gejala tersebut, nasihatkan mereka untuk segera mendapatkan rawatan.

“Manakala pekerja yang bergejala dinasihatkan untuk tidak hadir bertugas dan segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan,” katanya.

Ujarnya lagi, KKM sentiasa bekerjasama dengan agensi kerajaan dan bukan kerajaan termasuk hospital dan klinik swasta dalam pemantauan serta pengesanan kes cacar monyet di samping meneruskan aktiviti advokasi kepada orang ramai. - Getaran, 25 Julai 2022

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN JOHOR: PN Umum Barisan Calon, Gabung Muka Lama Dan Baharu 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad