Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Menu, Kadar Tak Relevan Punca Ramai Pengusaha Kantin Enggan Teruskan RMT

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2022 2:00PM

Ramai pengusaha kantin mengeluh kerana selain tiada keuntungan, bayaran yang diterima daripada Kementerian Pendidikan (KPM) juga agak lambat. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jika kadar Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tidak dinaikkan seiring peningkatan harga barang ketika ini, dikhuatiri lebih ramai pengusaha kantin enggan memperbaharui kontrak membekalkan makanan bagi program itu.

Mendedahkan perkara berkenaan kepada Getaran, Setiausaha Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia (PPKSM), Siti Normah Md Desa berkata, situasi itu sudahpun berlaku hari ini disebabkan ramai pengusaha menanggung kerugian akibat kenaikan harga bahan mentah di pasaran.

“Isu ini dah mula timbul sekarang yang mana ada pengusaha kantin bersuara tak nak sambung kontrak RMT. Mereka hanya nak buat kantin sekolah sahaja. Perkara ini sepatutnya tak boleh berlaku.

“Sepatutnya RMT ini memberi bonus kepada pengusaha kantin tapi sekarang mereka tak berminat. Jadi kalau kita nak offer (tawar) kepada orang luar, saya rasa orang luar pun tak nak. Siapalah nak buat RM2.50 lepas tu kena hantar kat sekolah lagi?,” soalnya.

Siti Normah Md Desa
Siti Normah Md Desa

Menurut Siti Normah, ramai pengusaha kantin mengeluh kerana selain tiada keuntungan, bayaran diterima daripada Kementerian Pendidikan (KPM) agak lambat.

“Bayaran RMT dibuat secara bulanan. Contohnya bagi penyediaan makanan pada April, bayaran mungkin dapat Jun atau Julai. Sementara nak dapat duit, mereka tetap kena sediakan RMT setiap bulan.

“Jadi bila mereka nak pusing duit tak ada. Harus diingat kebanyakan pengusaha kantin juga terdiri daripada golongan B40. Kerajaan kenalah prihatin, bantu mereka dalam keadaan mendesak ketika ini,” katanya.

Justeru, beliau menyokong cadangan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin agar kadar RMT dinaikkan kepada RM4 bagi seorang murid di Semenanjung, manakala RM5 di Sabah, Sarawak dan Labuan.

“Kalau nak tengok keadaan ketika ini, rasanya RM10 seorang pun tak cukup. Tapi kalau dinaikkan kepada RM4 itu dah cukup membantu pengusaha kantin daripada terus menanggung kerugian dengan kadar sedia ada.

“Ada kawasan langsung tak balik modal, contohnya di bandar sebab harga barang melambung. Kalau di kampung mungkin dapatlah keuntungan sekitar 20 ke 30 sen sebab ada yang tanam sayur sendiri. Jadi boleh jimat di situ,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, keuntungan sekitar 20 hingga 30 sen itu sebenarnya tidak munasabah dengan kos, masa dan tenaga dihabiskan untuk penyediaan makanan tersebut.

“Ada di antara mereka mengeluh juga sebab keuntungan hanya sekitar 20 ke 30 sen. Nak buat apa? Cuba darab 100 orang untung baru RM20 ke RM30 sehari.

“Nak sediakan untuk 100 murid bukan senang. Bayangkan kalau kita tiba-tiba dapat order (tempahan) 100 orang tak ke kelam-kabut dibuatnya tapi untung hanya RM20. Memang tak balik modal,” katanya.

Pada masa sama, Siti Normah menyarankan agar menu RMT perlu disemak semula kerana sudah tidak relevan dengan keadaan semasa.

“Sebagai contoh, menu nasi lauk ikan tenggiri. Anda pun tahu harga ikan tenggiri kalau belum masak berapa. Bayangkan. Mana pengusaha dapat ikut menu disediakan.

“Kalau kita belah empat pun tak boleh dapat harga RM2.50 untuk menu ikan tenggiri itu. Jadi perlu disemak semulalah menu sedia ada yang sudah tidak lagi relevan,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan berpendapat, kadar RMT perlu dinaikkan secara munasabah sepadan dengan kualiti pemakanan disediakan.

Katanya, kadar dicadangkan Khairy masih tidak relevan dengan situasi ditanggung pengusaha kantin hari ini.

Bagi kadar RMT ‘berbaloi’, beliau mencadangkan ia ditetapkan pada RM6 di Semenanjung serta RM8 di Sabah, Sarawak dan Labuan untuk menampung kenaikan kos.

“Dengan kadar itu, barangkali pengusaha kantin rasa selesa untuk menyediakan pemakanan yang betul-betul berkualiti kepada murid,” katanya.

Dr Mohamad Ali Hasan
Dr Mohamad Ali Hasan

Malah beliau mencadangkan agar satu jawatankuasa penasihat RMT ditubuhkan dengan dianggotai wakil daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi memantau kualiti dan kuantiti makanan disediakan.

“Kita bimbang ada bahan mentah yang digunakan tidak cukup nutrisi, jadi perlu ada ‘spotcheck’ (pemeriksaan) dari semasa ke semasa.

“Jawatankuasa penasihat RMT juga wajib ada dan penubuhannya perlu disegerakan bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

Untuk rekod, KPM memperuntukkan bantuan RMT pada kadar RM2.50 bagi murid di Semenanjung serta RM3 di Sabah, Sarawak dan Labuan dengan kali terakhir ia disemak semula tujuh tahun lalu.

Isu RMT mula kecoh diperkatakan susulan pendedahan warganet menerusi media sosial baru-baru ini yang menunjukkan hidangan disediakan amat sedikit dan kurang berkhasiat.

Malah, mantan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sebelum ini pernah menggesa KPM menaikkan peruntukkan RMT bagi mengelakkan kualiti hidangan disediakan menerusi program itu terjejas dan menyebabkan pengusaha kantin ‘pening kepala’.

Katanya, tidak wajar untuk mengekalkan kadar peruntukkan RMT sedia ada, di saat negara dihimpit kenaikan harga barang. - Getaran, 25 Julai 2022

Sorotan

1

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

2

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

3

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

4

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

5

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

6

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Κenaikan Gaji Penjawat Awam Akan Diperincikan Semasa Pembentangan Belanjawan 2025 - Fahmi

Semasa 19 minit yang lalu

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Guna Hubungan Baik Pelbagai Negara Bantu Henti Kekejaman Di Gaza - PM

Semasa 12 jam yang lalu

Bunuh Majikan Hamil: Hukuman Mati Pekerja Resort Diganti Penjara 38 Tahun