web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 23 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak 4 Tahun Didera Ibu Angkat Ditempatkan Di Pusat Jagaan JKM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2022 7:02PM

Kanak-kanak itu yang kini sedang menerima rawatan lanjut di hospital akan ditempatkan di pusat jagaan itu sehingga perbicaraan kes berkenaan selesai. - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menempatkan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang disyaki didera ibu angkatnya, di pusat jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata kanak-kanak itu yang kini sedang menerima rawatan lanjut di hospital akan ditempatkan di pusat jagaan itu sehingga perbicaraan kes berkenaan selesai.

“Pihak JKM telah hadir ke hospital bersama pelindung kanak-kanak untuk meneruskan siasatan selain memastikan dia dijaga dengan lebih baik.

“Apa yang penting sekarang ialah kita mahu pastikan kanak-kanak itu terus berada dalam keadaan yang sihat apabila dibenarkan keluar dari hospital nanti,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kes penderaan membabitkan kanak-kanak itu, di sini hari ini.

Baru-baru ini, tular video berdurasi 27 saat memaparkan seorang wanita yang dipercayai ibu angkat kepada kanak-kanak berusia empat tahun tersebut telah memukul anak angkatnya itu menggunakan kayu penyapu hanya kerana mangsa enggan makan nasi.

Sementara itu, Rina berkata pihaknya turut berterima kasih kepada individu yang melaporkan kejadian berkenaan dan berharap masyarakat umum sentiasa prihatin serta cakna dengan kes penderaan yang mungkin berlaku di sekeliling mereka.

“Sekiranya ada yang mengetahui kes penderaan, perkara pertama yang mereka boleh lakukan ialah buat laporan polis atau menghubungi Talian Kasih menerusi talian bebas tol 15999. Mereka juga boleh terus pergi ke mana-mana Pejabat JKM yang terdekat untuk melaporkan kejadian itu,” katanya.

Terdahulu, Rina merasmikan Program Jerayawara dan Karnival Bangkit Wanita KPWKM Zon Utara di pusat beli-belah Aman Central yang berlangsung tiga hari bermula semalam, bertujuan memberi peluang pekerjaan dan penjanaan pendapatan menerusi keusahawanan kepada golongan wanita.

“Hampir 5,000 peluang pekerjaan dan keusahawanan ditawarkan dalam program ini. Kementerian ingin membantu golongan wanita meningkatkan taraf ekonomi keluarga kerana ramai yang terkesan dalam tempoh dua tahun sebelum ini akibat pandemik COVID-19.

“Sehingga Julai ini, program Bangkit Wanita telah membantu lebih 40,000 wanita di seluruh negara dan diharap ia dapat membantu lebih ramai lagi wanita untuk keluar daripada kepompong kemiskinan, selain memberi semangat untuk mereka terus bangkit,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar