web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rakyat Setuju Dadah Dibenar Untuk Perubatan, Bukan Rekreasi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2022 4:43PM

Seramai 49 peratus rakyat bersetuju terhadap penggunaan dadah terkawal kurang serius, seperti ketum dan kanabis bagi tujuan rawatan. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rakyat di negara ini bersetuju sekiranya dadah tidak dibenar digunakan secara meluas untuk tujuan rekreasi dan peribadi individu.

Pengarah Penyelidikan The Centre, Nelleita Omar berkata, perkara itu dibuktikan hasil penelitian kajian dijalankan pihaknya yang mendapati hampir 50 peratus daripada 500 responden, tidak menerima penggunaan dadah untuk dua tujuan tersebut.

Bagaimanapun, menurut beliau, 49 peratus bersetuju terhadap penggunaan dadah terkawal kurang serius, seperti ketum dan kanabis bagi tujuan rawatan sendiri sekiranya individu mengalami kesihatan fizikal yang teruk.

“Sebanyak 62 peratus responden berpandangan adalah penting untuk orang yang pernah ketagih kepada dadah terkawal diterima kembali ke dalam masyarakat.

“Bagaimanapun, kajian itu menunjukkan penerimaan dari aspek peribadi terhadap orang yang masih/pernah ketagih kepada dadah terkawal adalah lebih rendah berbanding penerimaan dari aspek awam.  

“Manakala, penerimaan terhadap orang yang pernah ketagih kepada dadah terkawal sebagai jiran atau ahli keluarga adalah lebih rendah, iaitu antara 47 hingga 48 peratus, berbanding penerimaan terhadap mereka dalam masyarakat awam secara lebih umum, iaitu antara 56 peratus sehingga 62 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berkenaan laporan ‘Apakah Pendirian Rakyat Malaysia Terhadap Dadah’ di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang juga pengasas The Centre bersama Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan dan Duta Besar Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia, Michalis Rokas.

Menerusi program sama, Khairy mendedahkan Malaysia dijangka menghapuskan kanabis daripada senarai narkotik bagi kegunaan perubatan pada tahun depan, namun penggunaan tumbuhan itu untuk tujuan rekreasi diharamkan.

Beliau berkata, pihaknya mahu melaksanakan penyelidikan pendaftaran produk cannabidiol (CBD) untuk tujuan perubatan terlebih dahulu agar tiada pihak mengambil kesempatan terhadap kelonggaran kerajaan untuk meluluskan penggunaan kanabis.

Menurut beliau, Kementerian Kesihatan (KKM) perlu mengambil tindakan berhati-hati dalam meluluskan penggunaan kanabis mengikut amalan antarabangsa dan berdasarkan data saintifik diperoleh menerusi kajian terperinci penyelidik.

Ditanya sekiranya kerajaan membenarkan kanabis diimport dan ditanam rakyat negara ini, Khairy tidak menolak perkara tersebut mampu dilakukan, namun ia tidak mungkin dilaksanakan dalam tempoh terdekat seperti penggunaan CBD.

Dalam pada itu, mengulas berkenaan kesetimpalan hukuman terhadap jenayah dadah, Nelleita berkata, kurang daripada 20 peratus responden yang menyokong hukuman mati bagi setiap kesalahan dadah berat, dilihat memberi sokongan berhubung hukuman bukan kapital sebagai respons terhadap semua kesalahan berat membabitkan dadah lebih serius.

Lebih ketara, beliau menegaskan 39 peratus responden menyokong hukuman tanpa tahanan atau tiada hukuman langsung bagi kesalahan membawa dadah kurang serius secara tidak sedar yang menunjukkan pertimbangan faktor seperti niat dalam melakukan jenayah pada tahap signifikan.  

“Berbanding dengan respons terhadap kesalahan melibatkan dadah lebih serius, sokongan untuk hukuman mati adalah lebih rendah bagi dadah kurang serius. Sokongan bagi hukuman bukan tahanan adalah tinggi yang boleh dikaitkan dengan persepsi berkenaan tahap kemudaratan jenis dadah yang terbabit dalam kesalahan tersebut.  

“Menerusi kajian sama, dapat diperhatikan bahawa sokongan untuk hukuman mati jatuh dengan signifikan bagi kesalahan membawa secara sedar, daripada 18 peratus bagi dadah serius kepada tujuh peratus responden bagi dadah kurang serius.

“Walau sokongan hukuman mati rendah bagi kesalahan dadah ringan yang membabitkan dadah lebih serius, 65 ke 70 peratus menyokong sama ada hukuman penjara atau penjara seumur hidup bagi kesalahan memiliki atau menjual dadah tersebut dalam jumlah kecil, sebagai contoh kes morfin mungkin seringan lima gram (kira-kira 1 sudu teh) di bawah Akta Dadah Berbahaya,” katanya.

Pada masa sama, beliau menegaskan 45 peratus daripada responden menyokong penggunaan respons bukan tahanan bagi dadah lebih serius diberikan hukuman seperti khidmat masyarakat, denda atau tiada hukuman sama sekali untuk menampakkan rasa simpati bagi kesalahan penggunaan, berbanding kesalahan bagi mendapat keuntungan komersial katanya. - Getaran, 14 Julai 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 12 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar