web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wanita Hina Islam Tiba Di Mahkamah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2022 9:15AM

Tertuduh, Siti Amira Natasya Abdullah tiba di Mahkamah Kuala Lumpur. - Gambar Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang wanita yang didakwa menghina Islam dalam persembahan komedi di kelab dekat Taman Tun Dr Ismail (TTDI), tiba di Kompleks Mahkamah di sini, sebentar tadi.

Siti Amira Natasya Abdullah, 28 tiba tepat jam 9 pagi dengan berbaju kuning dan berkot, sambil diiringi dua pegawai polis.

Suspek berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan atau permusuhan, kebencian atau niat jahat atas alasan agama.

Puluhan pengamal media daripada pelbagai agensi berkumpul di pekarangan mahkamah itu seawal jam 8 pagi, untuk merakam video serta gambar wanita terbabit.

Teman lelaki Siti Amira atau Amy yang dikenali sebagai Alex, 38, pula akan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pagi ini, mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Media sebelum ini melaporkan, wanita itu ditahan di Jalan Gasing, Petaling Jaya, Sabtu lalu dan direman empat hari hingga hari ini, manakala teman lelakinya  ditahan keesokan hari serta direman tiga hari hingga tempoh sama.

Sebelum ini, tular satu video di media sosial memaparkan wanita itu yang mengaku berasal dari Kuala Kangsar, Perak, menghina Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

Dalam video berdurasi 54 saat itu, wanita terbabit mendakwa dirinya beragama Islam serta menghafal 15 juzuk al-Quran sebelum secara tiba-tiba menanggalkan baju kurung serta tudungnya hingga mendedahkan aurat.

Susulan insiden, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dipetik sebagai berkata, pihaknya  sedang menyiasat kejadian tersebut.  - Getaran, 13 Julai 2022


 

Berita Berkaitan

1

12 minit yang lalu

Tekap Bantal Ke Muka Teman Wanita Hingga Mati, Mekanik Dipenjara 32 Tahun, 12 Sebatan

2

Semasa 37 minit yang lalu

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

3

Semasa 6 jam yang lalu

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

4

Semasa 3 hari yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

Sorotan

1

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

2

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

3

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

4

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

5

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

6

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran

Politik 27 minit yang lalu

Manifesto PH Sudah Dimuktamad, Kebajikan Belia Antara Fokus Utama - Fuziah 

oleh Sophia Ahmad