web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ribut Landa Perlis, 50 Rumah Rosak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2022 8:00PM

Sebuah rumah di Perlis mengalami kerosakan akibat ditimpa sebatang pokok dalam kejadian ribut pagi tadi. - Gambar dari Facebook Perlis Aktif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PADANG BESAR - Kira-kira 50 buah rumah mengalami kerosakan akibat kejadian ribut yang melanda seluruh Perlis pagi tadi.

Pegawai Penyelaras Zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Shuhaimi Nordin berkata sehingga petang ini, pihaknya menerima laporan 50 buah rumah mengalami kerosakan akibat ribut yang melanda Perlis bermula kira-kira 10 pagi tadi.

“Mangsa diminta agar segera membuat laporan polis dan mengisi borang pemohonan bantuan daripada MAIPs,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata bagaimanapun anggaran sebenar kerosakan dan rumah terlibat masih belum diketahui.

Katanya antara kawasan yang terjejas ialah Mata Ayer, Kampung Panggas Kechil, Kampung Lubok Besar, Kuala Perlis, Padang Pauh dan Lubuk Sireh.

Keadaan sebuah rumah yang mengalami kerosakan akibat ribut pagi tadi. - Gambar dari Facebook DrMohd Anuar Dongga
Keadaan sebuah rumah yang mengalami kerosakan akibat ribut pagi tadi. - Gambar dari Facebook DrMohd Anuar Dongga

Salah seorang mangsa Rosnah Daud, 74, berkata beliau reda dengan apa yang berlaku.

“Mak cik tidak mampu buat apa-apa namun reda dengan takdir Allah, namun rumah pusaka berusia 100 tahun menyimpan banyak kenangan,” katanya yang tinggal di Kampung Lubok Besar bersama seorang cucunya Muhammad Amir Ashraf, 15.

Ibu kepada tiga orang anak itu berkata ketika ketika kejadian beliau sedang mengoreng daging korban untuk makan tengah hari.

“Alhamdulillah nasib baik ketika ribut mak cik berada di dapur dan bahagian ruang tamu rumah yang roboh,” katanya.

Turut berkongsi pengalaman, Sitina Ali, 65, dari Kampung Panggas Kechil berkata beliau hanya menyedari bumbung rumahnya diterbangkan ribut setelah mendengar jeritan cucunya Nor Anati Umarah Muhamad Hairi, 17, yang ketika kejadian, berada di bilik.

“Masa kejadian kira-kira 11.30 pagi makcik sedang jemur kain di dapur, bila dengan jeritan cucu.. makcik terus ke bahagian hadapan bagi melihat keadaan beliau.. Alhamdulillah semua selamat,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar