web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Laksana SDGs Peringkat Tempatan Penting Bagi Capai Agenda 2030 - Mustapa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2022 7:17AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) di peringkat tempatan penting dalam usaha mencapai Agenda Pembangunan Mampan menjelang 2030 (Agenda 2030), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Dalam kenyataan dikeluarkan Wisma Putra hari ini, beliau berkata ketika dunia sedang berusaha pulih daripada kesan pandemik COVID-19, Malaysia serta negara jiran perlu bekerjasama dan meningkatkan komitmen masing-masing dalam melaksanakan matlamat itu.

Menurut Mustapa peranan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia mengenai Matlamat Pembangunan Mampan (APPGM-SDG) dan The Malaysia CSO SDG Alliance juga diiktiraf dalam usaha menjalinkan kerjasama lebih kukuh antara Ahli Parlimen, kerajaan negeri dan tempatan serta masyarakat bagi melaksana 121 projek penyelesaian di peringkat tempatan di 30 kawasan Parlimen.

Mustapa berkata demikian ketika berucap dalam program sampingan sempena Forum Politik Peringkat Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai SDGs bertajuk “Building Back Better in Localising SDGs: A Case Study of Malaysia and Three Southeast Asian Country Experiences of the Partnership Model”, di Ibu Pejabat PBB, New York semalam.

Program sampingan diadakan secara maya anjuran Kementerian Luar dan Unit Perancang Ekonomi dengan kerjasama APPGMSDG itu disertai Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand bagi berkongsi pencapaian cabaran amalan terbaik negara masing-masing dalam melaksana SDGs serta usaha mencapai Agenda 2030.

Pelaksanaan SDGs di peringkat tempatan merujuk kepada proses mentakrif, melaksanakan dan memantau strategi di peringkat tempatan untuk mencapai matlamat global, nasional dan subnasional di bawah Agenda 2030.

Dalam kenyataan sama, Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah ketika ucapan penutup program itu menekankan pentingnya peranan dan kerjasama pihak berkepentingan termasuk badan kerajaan, swasta dan masyarakat sivil dalam menangani isu berkaitan pembangunan mampan.

“Ini termasuk isu kemiskinan dan ketidaksamaan, perubahan iklim, serta diskriminasi jantina, etnik atau kelas melalui agenda inklusif yang jelas terutamanya dalam mendekati kumpulan rentan dalam usaha pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan di peringkat tempatan,” katanya.

Forum Politik Peringkat Tinggi PBB mengenai Matlamat Pembangunan Mampan merupakan platform utama PBB yang memainkan peranan penting dalam tindakan susulan, semakan dan penilaian Agenda Matlamat Pembangunan Mampan 2030 di peringkat global. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Evakuasi Rakyat Malaysia Di Asia Barat Masuki Fasa Akhir 

2

Semasa 8 bulan yang lalu

‘Bebaskan Semua Aktivis Tanpa Syarat, Jamin Keselamatan Mereka’ - Wisma Putra

3

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Banjir Sepanyol: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas - Wisma Putra

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Aktiviti Ketenteraan Israel Di Rafah Mimpi Ngeri Kemanusiaan - Ketua PBB

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

oleh Amirah Abu Bakar